Monday, November 13, 2017

Siti Noor Aishah Atam - dipenjarakan 5 tahun memiliki buku yang tidak diharamkan kerajaan. Kini di Mahkamah Rayuan?

Siti Noor Aishah Atam - kes ini menjadi masalah besar kepada kerajaan. Setelah, Mahkamah Tinggi mula-mula membebaskan Siti tanpa memanggil beliau memasuki pembelaan. Pihak pendakwaan telah merayu kepada Mahkamah Rayuan, yang telah mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi dan mengembalikan kes kepada Mahkamah Tinggi untuk meneruskan dengan perbicaraan. Akhirnya, Mahkamah Tinggi mendapati Siti bersalah, dan hukuman 5 tahun penjara dikenakan(baca penghakiman di bawah). Kini kes ini di hadapan Mahkamah Rayuan - keputusan tak lama lagi.


Siti Noor Aishah Atam, mangsa SOSMA dan juga POCA, didakwa memiliki beberapa buku yang ada kaitan dengan penganas (terrorist), tetapi jelas buku tersebut bukan buku diharamkan oleh kerajaan Malaysia

Ingat kembali pertuduhan 

“Bahawa kamu pada 22 Mac 2016 jam lebih kurang 12.25 tengahari di sebuah rumah dialamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, dalam Daerah Dungun, dalam Negeri Terengganu, telah memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ) sepertimana di Lampiran A dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama.

Saperti yang dikatakan, buku tersebut tidak diharamkan di Malaysia, di mana jika kerajaan memikirkan buku itu '...item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ)...'semestinya kerajaan sudah haramkan buku tersebut. Bagaimana boleh dikatakan bahawa pemilikan buku ini dikatakan satu kesalahan jenayah? 

Siapa yang menentukan buku itu ''...item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ)...' - 2 orang PAKAR

PAKAR 1 -  Dr. Wan Adli bin Wan Ramli (SP2). Petikan dalam Penghakiman jelas 

...Adalah diperhatikan semasa saksi ini memberikan keterangan dimahkamah, beliau telah membacakan laporan yang dibuatnya tetapi tidak pernah dirujukkan apa-apa buku tersebut oleh Timbalan Pendakwa Raya. Apa yang lebih menarik lagi adalah saksi ini juga tidak merujuk kepada apa-apa jua halaman ataupun menandakan bahagian-bahagian ataupun petikan-petikan yang terdapat didalam buku-buku tersebut yang boleh dikaitkan dengan manamana kumpulan pengganas. Mahkamah ini tidak ditunjukkan mana- mana bahagian atau cebisan-cebisan yang terdapat dalam buku-buku tersebut yang mempunyai apa-apa unsur-unsur pengganas. Dalam keadaan-keadaan yang sedemikian, keterangan saksi (SP2) tidak banyak membantu mahkamah ini bagi mengetahui bahagian-bahagian mana ataupun petikan-petikan mana yang mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas....


Pakar 2 - Prof Rohan (SP9). Saksi ini merupakan seorang pensyarah bidang di Universiti Nanyang, Singapura.TETAPI buku dalam Bahasa Malaysia, dan dia tak fasih Bahasa Malaysia. Dia kata dia mengunakan penterjemah...tetapi tak dipanggil sebagai saksi. Dia kata dia membuat perbandingan dengan 'Data Base' di Universiti Singapura, dalam Bahasa Ingeris 


...saksi ini mengakui bahawa kesemua buku-buku tersebut adalah di tulis dalam Bahasa Malaysia dan beliau tidak membaca buku-buku tersebut dalam Bahasa Malaysia. Data Base yang terdapat di Universiti Nanyang yang dirujuk oleh saksi ini merupakan catatan dalam Bahasa Inggeris. Apa yang lebih menarik adalah saksi ini menyatakan bahawa buku-buku tersebut telah diterjemahkan oleh Uztaz Rizal dan beberapa penterjemah yang lain. Saksi ini akui bahawa kehadiran penterjemahpenterjemah ini adalah material dan penting bagi mengetahui samada mereka ini benar-benar mempunyai kelayakan dalam menterjemahkan buku-buku tersebut dan terjemahan mereka ini diterima oleh mahkamah...

...Saksi ini mengesahkan bahawa laporan pakar yang dibuatnya adalah berdasarkan kepada Data Base yang terdapat di Universiti Nanyang yang dikatakan bersamaan dengan buku-buku yang dilihat dan diambil gambar semasa di Bukit Aman. Saksi ini secara bersungguhsungguh menjemput semua pihak-pihak yang terlibat datang keUniversiti Nanyang, Singapura bagi melihat kesahihan rekod-rekod tersebut. Sungguhpun diajukan soalan-soalan dari pihak mahkamah kepada Timbalan Pendakwa Raya mengenai cadangan ini, sikap acuh tidak acuh dan tidak serious Timbalan Pendakwa Raya menikam kes pendakwaan sendiri. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa penelitian dan semakan Data Base ini amatlah relevan dan sangat penting bagi menentukan samada kandungan Data Base tersebut bersamaan dengan kandungan yang terdapat didalam buku-buku yang dirampas itu. Tambahan pula samada kandungan didalam Data Base tersebut merupakan kandungan yang asal ataupun disunting setelah terjemahan dibuat tidak dapat dikenal pasti melainkan mahkamah melihat sendiri perkara ini. Perlulah ditekankan disini bahawa mahkamah ini tidak boleh menganggap bahawa butir-butir dalam Data Base tersebut mengandungi maklumat-maklumat yang tulis dan bersamaan kandungannya dengan kandungan buku-buku tersebut tanpa melihat sendiri ataupun melakukan lawatan ke Data Base tersebut. Tanpa sebarang permohonan yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melihat perkara ini dengan sebenarnya telah meletakkan mahkamah ini dalam situasi kekaburan dan seterusnya menjejaskan kes pendakwaan sendiri;...

(ii) Saksi (SP9) mengakui bahawa buku-buku yang dirampas adalah didalam Bahasa Malaysia. Saksi ini turut mengakui bahawa catatan didalam Data Base tersebut adalah didalam Bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan. Saksi ini menyatakan beliau tidak boleh memberitahu nama-nama penterjemah kerana ianya melibatkan soal keselamatan mereka. Walaubagaimanpun saksi ini (SP9) sekali lagi menyatakan bahawa pihak-pihak boleh menemuramah penterjemah-penterjemah ini sekiranya lawatan dibuat di Universiti Nanyang. Sungguhpun diperingatkan oleh mahkamah ini kepada Timbalan Pendakwa Raya namun beliau mengambil sikap berdiam diri. Pada hemat mahkamah ini, apalah ertinya dan nilai keterangan saksi ini tanpa diketahui status kewajaran penterjemah-penterjemah ini. Mahkamah ini tidak boleh menganggap  bahawa buku-buku tersebut telah diterjemahkan oleh penterjemah-penterjemah yang  berkelayakan dan diterima sebagai keterangan yang menyakinkan dimahkamah. Mahkamah ini juga tidak menemui sebarang peruntukan yang membolehkan nama-nama penterjemah ini tidak boleh di kemukakan dimahkamah ini atas alasan kononnya soal keselamatan.

(iii) Saksi ini seterusnya menyatakan bahawa beliau telah mengambil gambar-gambar setiap buku-buku tersebut dibahagian depan dan belakang termasuk indeks mukasurat Bab-bab yang terkandung. Namun di sepanjang perbicaraan berjalan, Timbalan Pendakwa Raya tidak mengemukakan gambar-gambar bukubuku yang di rakam oleh saksi ini. Tanpa melihat kepada gambar-gambar tersebut dan dibandingkan dengan buku-buku yang di rampas termasuk yang terkandung didalam Data Base, mahkamah ini tidak mengetahui samada buku-buku tersebut sebenarnya dikaji oleh saksi (SP9).

25. Dalam merumuskan keterangan saksi (SP9) dan keengganan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan buitiran-butiran lanjut mengenai kandungan Data Base serta kegagalan Timbalan Pendakwa Raya membawa pihak-pihak berkaitan dalam lawatan ke Data Base Universiti Nanyang, mahkamah ini tidak mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan peruntukan Seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan yang mana pengemukaan perkara ini ke mahkamah semestinya menjejaskan kes pendakwaan. Justeru itu, mahkamah ini mempersoalkan kesahihan keterangan-keterangan dan analisaanalisa yang di lakukan oleh saksi (SP9). Perlulah di ambil kira oleh semua pihak-pihak yang terlibat bahawa mahkamah ini tidak mempertikaikan kepakaran saksi (SP9) dalam mengkaji buku-buku yang berkaitan dengan pengganas, tetapi dalam kes ini terutamanya butiran-butiran yang terdapat dalam Data Base yang dipersoalkan oleh pihak peguam, malahan turut menimbulkan tanda tanya kepada mahkamah ini, kegagalan Timbalan Pendakwa Raya untuk menjelaskan perkara-perkara yang tersebut diatas, mahkamah ini tiada mempunyai pilihan lain melainkan menolak keterangan saksi (SP9) mengenai kandungan yang terdapat dalam buku-buku tersebut dan laporan (P45).

Saksi Pakar - Dalam isu cara seseorang mati, sama ada sesuatu ada 'forgery' atau asal, sama ada ini merupakan cap jari atau DNA seseorang, sama ada peluru ini asal dari senjata ini atau tidak - Pendapat pakar bergantung kepada fakta (fakta saintifik) - tetapi dalam isu sama ada sama ada kandungan buku ada ''...item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas.." Ini sebenarnya akhirnya isu 'pendapat' peribadi seseorang....Bukankah ini juga 'terkandung' dalam program TV dan banyak 'wayang gambar'(movie)? Bukankah unsur 'perbuatan keganasan' juga terkandung dalam Bible dan juga kitab kebanyakkan agama? Bagi pihak penjajah British, mereka yang berjuang untuk kemerdekaan mengunakan senjata adalah 'Kumpulan Penganas'...dan apa yang mereka membuat adalah perkara 'berunsur perbuatan keganasan'...Amerika Syarikat wujud akibat 'keganasan' dan 'kumpulan penganas' menang - ini mungkin perspektif pihak British pada masa itu. Siapakah pakar ini - adakah mereka ada ijazah berkenaan isu ini?

Melihat alasan penghakiman Mahkamah Tinggi pertama, yang membebaskan Siti Nor Aishah kali pertama, saya juga tak lihat keterangan menyatakan perkataan 'Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ)' dalam teks buku berkenaan. Jika tidak ada, bagaimana dibuktikan tuduhan tersebut. Adakah pakar menyatakan perkataan dan kandungan itu sebenarnya menunjukkan ianya 'ada kaitan' dengan kumpulan tersebut?

Siti Noor Aishah Atam - Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi - Mahkamah Bebas Polis Tangkap Lagi Guna POCA??

Membaca penghakiman Mahkamah Tinggi pertama yang membebaskan Siti, saya kini berpendapat itu keputusan betul. 

Pihak pendakwaan telah merayu kepada Mahkamah Rayuan - dan rayuan dibenarkan. Kes seterusnya dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi...dimana sidituduh di mina membentangkan kes beliau...

Mahkamah Tinggi akhirnya mendapati Siti Noor Aishah bersalah,dan hukuman 5 tahun penjara...Alasan Penghakiman di sini (sila baca)

KOMEN:-

1 - Tuduhan memiliki buku (dan jelas, buku itu tidak diharamkan oleh Kerajaan Malaysia). Nampaknya beberapa buku diperolehi daripada kedai di Masjid India.

 Pembekal buku ini iaitu Fajar Ilmu Baru dekat Masjid India

2 - Pembelian/pemilikan buku adalah untuk pembacaan dan penambahan pengetahuan. Sama ada buku itu untuk mendapatkan Ijazah atau Sarjana, saya anggap tak penting. Hello, ramai membaca buku untuk pengetahuan sahaja - bukan untuk apa-apa sijil, diploma atau sarjana.

3 - Isu sama ada  ada memikirkan mahu pergi 'berjihad' atau ke Syria ..atau pernah kata begitu, saya berpendapat tak relevan jika lihat tuduhan yang dilemparkan. Ramai yang kata akan bunuh ...akan pukul ... tetapi haruskan pernyataan sedemikian atau pemikiran sedemikian satu jenayah. Ia menjadi kesalahan jika dilakukan, atau ada perancangan mahu lakukan...

4 - Saya berpendirian bahawa dalam kes ini, pihak pendakwaan mahu membuktikan bahawa mereka tak lakukan salah ... Apa yang perlu dibuktikan berasaskan pertuduhan yang dilemparkan?

a)    Isu Pertama :- Siti ..memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ) 

b)   Isu kedua:- Buku ini...'item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State(IS) dan Al Qaeda(AQ) 

Masalah: 

-Buku ini tidak pun diharamkan oleh kerajaan Malaysia

-Buku ini diperolehi dari pembekal di Masjid India?

-Yang memberikan keputusan kandungan buku ini adalah 'pakar'? Ini bukan saperti keterangan pakar cap jari atau DNA - keterangan pakar dalam isu ini, iaitu 'kandungan buku' ini hanya pendapat peribadi sahaja. (kerajaan setiap masa membaca/mengkaji buku dan apa yang tidak harus dibaca rakyat Malaysia diharamkan - justeru, nampaknya 'pakar' ini bertentang dengan pendirian kerajaan...atau kerajaan sendiri 'gagal'...sampai boleh dijual kepada orang ramai di kedai di Masjid India? Adakah 12 buku ini kini sudah diharamkan oleh kerajaan? 

-Bahaya besar - kebanyakkan buku suci agama samada Kristian, Islam, dll...boleh digunakan oleh setengah untuk menjustifikasi tindakan keganasan, dll... 


 

 


PP lwn. SITI NOOR AISHAH ATAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR MOHAMAD SHARIFF HJ ABU SAMAH PK [PERBICARAAN JENAYAH NO: 45SO-7-5/2016] 26 APRIL 2017


Kes-kes yang dirujuk:
Azmi bin Osman v. PP [2015] 9 CLJ 845; [2015] MLRAU 459; [2016] 3 MLJ 98
Arulpragasan a/l Sandaraju v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 MLRA 588; [1997] 1 MLJ
Yap Sing Hock & Anor v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 356; [1992] 4 CLJ 1950; [1992] 1 MLRA 86; [1992] 2 MLJ 714 (SC)
R lawan White [1910] 2 KB 124
Alphacell Ltd. v. Woodward [1972] 2 AER 475
Pendakwa Raya lawan Osman bin Apo Hamid [1976] 1 LNS 110; [1978] 2 MLJ 38; [1976] 1 MLRH 49
Seah Eng Joo v. Regina [1961] 1 LNS 118; [1961] 1 MLRH 876; [1961] 27 MLJ 252
Mohamed Ibrahim lawan Pendakwa Raya [1962] 1 LNS 100; [1962] 1 MLRH 3; [1963] 29 MLJ 289
Thein Hong Teck & Ors v. Mohd Afrizan Hussain & Anor Appeal [2012] 1 CLJ 49
Toh Ah Loh v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] 15 MLJ 54
Public Prosecutor v. Badrul Hisham bin Baharom [1988] 2 MLJ 285
R v. Muhammad (Sultan) [2010] 3 AER 759
Wong Swee Chin v. PP [1980] 1 LNS 138; [1980] 1 MLRA 125; [1981] 1 MLJ 212 (FC)
PP v. Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086 SC; [1992] 1 MLRA 297; [1992] 2 MLJ 561 SC
Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 CA; [2008] 2 MLRA 489
AEG Carapiet v. AY Derderian AIR [1961] Cal 359
Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236 FC
Lim Baba v. Public Prosecutor [1962] 1 LNS 84; [1962] 1 MLRH 526; [1962] 28 MLJ 201
Sharma Kumari a/p Oam Prakash v. Public Prosecutor [2000] 1 LNS 123; [2000] 5 MLRH 48; [2000] 6 MLJ 282
Public Prosecutor v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649; [2000] 1 MLRH 764; [2000] 6 MLJ 705
Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169
DA Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12; [1980] 1 MLRA 55; [1980] 2 MLJ 195
PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1980] 1 MLRA 416; [1982] 2 MLJ 324
PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315
R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164
R v. Ipeelee [2012] 1 SCR 433
Yusmarin Samsuddin v. PP [1999] 4 CLJ 391
PP v. Abdul Halim Ishak & Ors [2013] 9 CLJ 559
Loo Choon Fatt v. PP [1976] 1 LNS 102; [1978] 2 MLJ 265
Perundangan yang dirujuk:
Kanun Keseksaan, ss. 86, 130C, 130D, 130E, 130F, 130FA, 130FB, 130G, 130H, 130I, 130J, 130JA, 130JB(1)(a), 130JC, 130JD, 130K, 130M, 130N, 130O, 130P, 130Q, 130R, 130S, 292(2)
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, ss. 17, 18A
Kanun Prosedur Jenayah, ss. 51A(3), 173(m), 182A, 191
Akta Keterangan, s. 146
Interpretation Act 1967, s. 17A
Anti-Money Laundering, Anti Terrorrism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act Act 2001, ss. 66A, 66D
Rivers (Prevention of Pollution) Act, s. 2(1)(a)
Ordinan Undang-undang Jenayah 1955, ss. 47(b), 49A(3)
Kaunsel:
Bagi pihak pendakwaan - TPR Mohamad Mustaffa Kunyalam & TPR Mohamad Izanuddin Alias, Timbalan Pendakwa Raya
Bagi pihak OKT - Kamaruzaman Abdul Wahab, Zukri Jusoh, Muhamad Zubir Embong & Ahmad Amzah; T/n Aziz & Co

DIDALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 KUALA LUMPUR
DIDALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
[PERBICARAAN JENAYAH NO: 45SO-7-5/2016]
PENDAKWA RAYA
LAWAN
SITI NOOR AISHAH BINTI ATAM
(No. Kad Pengenalan: 870727-11-5386)
KES NO: 2
PENGHAKIMAN
(Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan)
Latarbelakang
[1] Ini merupakan satu perbicaraan kes yang melibatkan Orang Kena Tuduh (OKT) menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama. OKT menghadapi pertuduhan seperti berikut:
"Bahawa kamu pada 22 Mac 2016 jam lebih kurang 12.25 tengahari di sebuah rumah dialamat Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, dalam Daerah Dungun, dalam Negeri Terengganu, telah memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas iaitu Kumpulan Pengganas Jemaah Islamiah (JI), Islamic State (IS) dan Al Qaeda(AQ) sepertimana di Lampiran A dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama.
Lampiran A
No.TajukPenulisPenterjemahPenerbitKumpulan
Penganas
1Visi Politik Gerakan JihadHazim Al-Madani
Abu Mush'ab
As-Suri
Luqman HakimJazeraJI dan AQ
2Generasi kedua Al-Qaidah: Apa dan siapa Zarqawi Apa Rencana Mereka ke DepanFuad HusseinAhmad SyakrikinJazeraJI, AQ dan IS
3Akankan Sejarah TerulangDr. Muhammad Al-AbdahAbas Mansur TamamJazeraJI dan AQ
4Deklarasi Daulah Islam IrakDewan Syariah Daulah Islam IraqAbu Hafsh
As-Sayyar
Abu Musa
Ath-Thayyar
IslamikaJI, AQ dan IS
5Meretas Jalan Jihad
Fie Sabilillah
Syaikh Abdul
Qadir Abdul Aziz
Hassan As-SayyariPustaka Al
Alaq
JI dan AQ
6Misteri Pasukan Panji HitamMuhammad Abu
Fatihah Al-Adani
H. Muhammad
Harun Zein
Jasmin
Publications
Ji dan AQ
7Turki Negara Dua WajahAbdullah AzzamAbdurrahmanAl AlaqJI dan AQ
8Masterplan 2020:
Strategi Al Qaidah Menjebak Amerika
Fahmi Suwaidi-JazeraJI dan AQ
9Dari Usamah kepada
Para Aktivitis
Syaikh Usamah
Bin Ladin
Syaikh Yusuf
Al_Uyairi
Umar Burhanuddin
Abu Hafs As
Sayyar
Syahida Man
KafayehJI dan AQ
10Dari Rahim Ikhwanul
Muslimin ke Pangkuan
Al Qaida
Ayman Az ZawahiriUmar BurhanuddinKafayehJI dan AQ
11Ketika Maslahat di pertuhankan dan menjadi Thaghut Model BaruAbu Muhammad
Ashim Al
Maqdisiy
Abu Sulaiman
Aman
Abdurrahman
-IS
12Seri Materi Tauhid for the greatest happiness-Abu Sulaiman
Aman
Andurrahman
-IS
Hukuman
"Jika sabit kesalahan kamu hendaklah diseksa dengan penjara untuk tempoh tidak melebihi 7 tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item tersebut.
[2] Dalam perbicaraan kes ini semasa diperingkat kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 10 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut:
2.1 Insp. Shafinah binti Abdul Halim - Pegawai Tangkap (SP 1)
2.2 Dr. Wan Adli bin Wan Ramli- Pendapat Usuluddin (SP 2)
2.3 ASP Nazlee bin Bahari-Penerima maklumat pertama (SP 3)
2.4 L/D/Kpl. 172495 Mohd Nabil bin Syed Sabri-Jurufoto (SP 4)
2.5 Puan Sadiah binti Ibrahim-Ibu OKT (SP 5)
2.6 G/22399 Insp. Oi Tiat Siong-Pegawai penyiasat (SP 6)
2.7 Puan Farahana binti Wan Hamid-Unit Pendaftaran, Jabatan Pengajian Siswazah, Universiti Malaya (SP7)
2.8 Puan Zainab binti Abdullah - Unit Sumber Manusia, Universiti Malaya (SP8)
2.9 Prof. Dr. Rohan Gunaratna - Pakar Kajian Keganasan (SP9)
2.10 Ustaz Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin- Pakar Kajian Keganasan (SP10)
[3] Di akhir kes pendakwaan, pada 29 September 2016 saya memutuskan dan mendapati akibat daripada kelonggaran-kelonggaran dalam membuktikan pertuduhan dan percanggahan-percanggahan yang wujud diantara keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan suatu kes Prima facie terhadap OKT. Justeru itu saya melepaskan dan membebaskan OKT diatas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan kadar serta merta.
[4] Sungguhpun begitu pihak Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 6 Oktober 2016 terhadap keputusan ini. Rayuan ini telah didaftarkan di Mahkamah Rayuan atas rujukan Rayuan Jenayah No: W-05(LB)-377-10/2016. Rayuan kes ini telah didengar dihadapan 3 Panel Hakim Mahkamah Rayuan dan pada 27 Mac 2017 Hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah sebulat suara membenarkan rayuan oleh pihak Pendakwa Raya yang mana memutuskan bahawa perintah pelepasan dan pembebasan yang dibuat dahulu oleh Mahkamah ini diketepikan dan memerintahkan OKT untuk memasukkan pembelaan dibawah Seksyen yang sama dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang sama.
[5] Diatas perintah yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan, kes ini disebut semula dihadapan saya sendiri pada 3 April 2017. Saya telah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes Pembelaan pada 10, 11 dan 18 April 2017.
[6] Dalam meneliti perkara ini, saya penuh percaya isu yang diperdebatkan di Mahkamah Rayuan adalah bersamaaan dengan isu yang dibentangkan di hadapan saya semasa kes pendakwaan seperti dalam penghakiman saya terdahulu. Saya perturunkan sebahagian penghakiman seperti berikut:
".........Dalam keadaan yang sangat terdesak, Timbalan Pendakwa Raya telah cuba untuk mendapatkan keterangan (SP1- pegawai serbuan/tangkap) tentang pengakuan OKT bahawa barang-barang dalam bilik tersebut adalah miliknya. DPP berhujah bahawa Mahkamah ini perlulah membuat suatu "Revisit Ruling" dan menghujahkan mengenai peruntukan Seksyen 18A Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012). Seksyen 18 SOSMA 2012 telah memperuntukan bahawa:
Statement by accused
18A Any statement by an accused whether orally or in writing to any person at any time shall be admissible in evidence
........Timbalan Pendakwa Raya juga menghujahkan bahawa peruntukan spesifik di bawah SOSMA 2012 ini telah mengatasi mana-mana undang-undang am yang lain termasuk Akta Keterangan dan Kanun Tatacara Jenayah. Dalam hal ini Seksyen 17 SOSMA 2012 memperuntukan:
Inconsistency with the Evidence Act 1950
17. This Part shall have effect notwithstanding anything incocsistent with the Evidence Act 1950 (Act 56)
.......Selanjutnya Timbalan Pendakwa Raya juga menghujahkan bahawa memandangkan perbicaraan ini dijalankan menurut SOSMA 2012 dan siasatan juga menurut SOSMA 2012, oleh yang demikian keterangan yang dikemukakan menggunakan prosedur SOSMA 2012 hendaklah diterima oleh Mahkamah ini.
..........Menurut hemat mahkamah ini, peruntukan diatas mengecualikan aspek prosedural dibawah Akta Keterangan mahupun Kanun Prosedur Jenayah bagi maksud apa-apa jua perbuatan ataupun pernyataan OKT samada secara lisan ataupun bertulis yang boleh diterima sebagai keterangan dimahkamah. Dalam hal ini, tiada satupun dokumen ataupun suratan bertulis yang dibuat oleh saksi (SP1). Adalah didapati bahawa (SP1) merupakan satu-satunya saksi pendakwaan yang dikatakan mendengar pengakuan OKT bahawa buku-buku tersebut adalah miliknya. Saksi (SP6) hanyalah mengulangi akan apa yang dikatakan oleh saksi (SP1) kepadanya. Dalam hal ini juga, mahkamah ini tidak mendapati apa-apa dokumen ataupun report polis yang boleh mengesahkan pernyataan lisan yang dikatakan dibuat oleh OKT. Pada hemat mahkamah ini, sekiranya benar keterangan saksi (SP1) bahawa OKT ada memberitahunya tentang pemilikan buku-buku tersebut dan keterangan ini sangat relevan dan penting, mengapakah tiada satu pun dokumen ataupun catatan report polis dibuat kearah perkara ini. Apakah kewajaran keterangan hanya seorang pegawai polis sahaja yang melaksanakan tangkapan tersebut menyatakan sedemikian tanpa satupun dokumen-dokumen atau saksi-saksi lain yang berada pada masa itu untuk tampil menyatakan sedemikian dan mendengar pengakuan tersebut. Pada hemat mahkamah ini, apalah ertinya Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan pengakuan OKT tentang buku-buku tersebut tanpa pembuktian sebenar menurut undang-undang mengenai pemilikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan OKT. Diatas alasan-alasan ini, sungguhpun mahkamah ini akur dengan peruntukan Seksyen 17 dan 18 SOSMA Act, tetapi dengan ketiadaan sebarang catitan dan hanya timbul disaat-saat yang akhir keterangan (SP1), mahkamah ini tidak membenarkan Timbalan Pendakwa Raya meneruskan apa-apa jua persoalan mengenai isu ini.
Sungguhpun dikatakan mahkamah ini khilaf mengenai peruntukan Seksyen 17 dan 18 SOSMA Act 2012 apabila tidak membenarkan Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan soalan kepada saksi (SP1), tetapi mahkamah ini melihat dari sudut yang lain bahawa sekiranya benar pengakuan ini diucapkan oleh OKT kepada saksi (SP1) bahawa hanya barang-barang OKT sahaja yang berada didalam bilek tempat kejadian kerana OKT merupakan satu-satunya anak perempuan, adakah ianya juga merujuk kepada buku-buku yang dirampas oleh pihak polis?? Mahkamah ini berpendapat bahawa sungguhpun boleh diterima jika barang-barang tersebut termasuk buku-buku, tetapi ianya tidak mencukupi untuk membuktikan elemen pemilikan, kawalan dan jagaan semata-mata bersandarkan kepada pengakuan OKT, jika ada pun. Apatah lagi rumah itu adalah kawasan yang bebas dan accessible kepada pihak-pihak yang lain. Justeru itu mahkamah ini menolak keterangan ini dikemukakan dimahkamah ini. Walaubagaimanapun, sekiranya dibenarkan keterangan ini dikemukakan dimahkamah sebagai keterangan pembuktian pihak pendakwaan, mahkamah ini mendapati bahawa hanya dengan pengakuan OKT sahaja tanpa keterangan-keterangan lain, mengenai pemilikan buku-buku tersebut, ianya tidak dapat menyakinkan mahkamah ini untuk membuktikan elemen pemilikan dan seterusnya memanggil OKT untuk membela diri apatah lagi mensabitkan kesalahan terhadap OKT menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan...................."
[7] Berdasarkan kepada perintah Mahkamah Rayuan, saya penuh percaya bahawa Mahkamah Rayuan telah sebulat suara berpuashati bahawa isu pemilikan buku-buku tersebut telahpun dibuktikan oleh pihak pendakwaaan dan mengarahkan agar OKT dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes pembelaan. Justeru itu saya terikat dengan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan seperti yang diputuskan dalam kes Azmi bin Osman v. PP [2015] 9 CLJ 845; [2015] MLRAU 459; [2016] 3 MLJ 98 yang jelas memutuskan bahawa Mahkamah adalah terikat mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan terdapat satu kes prima facie dan tidak boleh menyemak keputusan berkenaan. Mahkamah Yang Mulia ini cuma boleh mempertimbangkan fakta dan keterangan yang dikemukakan di peringkat pembelaan sahaja dan membandingkannya dengan keterangan pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan dalam kes berkenaan memutuskan di muka surat 106 dan 108 :-
"[23] During the course of submissions before us, a preliminary issue was raised by the learned deputy for our decision. The preliminary issue has been whether the HC12 in dealing with an appeal from the sessions court against conviction, was competent to review the evidence led during the prosecution stage, in determining whether there was a prima facie case established and for defence to be called, as had been found by the HCJ1, when the latter had allowed the appeal by the prosecution against the order ofacquittal at the end of the prosecution stage of the same case.
[24] The learned HCJ2 had ruled that he could do so. He then proceeded to hold that the earlier HCJ1 had erred when he had ruled for the defence to be called on the four charges. Citing two decisions of the Court Appeal that appeared to hold differently on a similar situation, the learned HCJ2 had preferred the decision of the Court Appeal in Jeferi bin Ipee v. Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 467 [2013] MLRAU (Jeferi's case') 027 to that of the case of Pendakwa Raya lawan Sulaiman bin Saidin [2010] 1 CLJ 184; [2010] 2 MLJ 383 ('Sulaiman's Case')....
[28] With respect, we are of the view that the learned HCJ2 had erred when he disturbed the findings of the earlier HCJ1 who had ordered the accused to enter on his defence to all the four charges, on appeal. The dominant issue that ought to guide HCJ2's mind in dealing with a solution that has now become this preliminary issue must of necessity be the fact that when the HCJ1 made that decision for defence to be called, the latter was carrying out his appellate jurisdiction. Granted that the High Court jurisdiction is coordinate among its judges, inherent in that concept is the fact that a High Court judge cannot overrule another High Court judge who had made a decision at some crucial stage of proceedings in the same case. In the context of this appeal before us, the HCJ1 had ordered the accused's defence to be called to answer to the four charges leveled against him. The jurisdiction to correct that purported error, said by the HCJ2 as having been committed by the HCJ1, with respect, lies with the Court of Appeal, should there be an appeal against the decision of the HCJ2. In other words, as much as a High Court judge's decision does not bind his brother or sister judge on the High Court bench, by the same token, neither does it lie with his brother or sister judge of the High Court to overturn his decision in the same case. In a situation now prevailing in this case, the role of the HCJ2 is only limited to see whether the defence evidence as led has succeeded in creating a reasonable doubt in the facie case as found by the HCJ1 on appeal by the prosecution. With respect, this must be preferred position as to what the proper approach ought to be, as was employed by the Court of Appeal in the Sulaiman's case. Coordinate jurisdiction connotes parity and as such, it does not admit nor permit mutual over-riding or over-ruling each other's decision. Only a higher appeal court can disturb or vary or affirm a High Court decision.
Diatas kekhilafan saya terdahulu, kini dalam Revisit RulingSeksyen 17 dan 18A Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), ianya jelas mengatasi mana-mana undang-undang am yang lain termasuk Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah. Tambahan pula memandangkan perbicaraan kes ini dijalankan menurut SOSMA 2012 dan siasatan juga menurut SOSMA 2012, maka keterangan pengakuan OKT boleh diterima sebagai keterangan dan pihak pendakwaan telah Berjaya membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap OKT.
[8] Tiga pilihan membela diri telah diterangkan kepada Tertuduh dan setelah berunding dengan pihak peguam, Tertuduh memileh untuk memberikan keterangan secara Bersumpah.
KES PEMBELAAN
Beban Pembuktian di Akhir Kes Pembelaan
[9] Di Akhir Kes Pembelaan, mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa otoriti-otoriti yang berkaitan sebagai panduan untuk mengenal pasti tugas-tugas mahkamah sebelum keputusan akhir dibuat. Mahkamah ini telah merujuk kepada kes: Arulpragasan a/l Sandaraju v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 597; [1997] 1 MLRA 588, [1997] 1 MLJ at. 76 (FC), Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:
".........the second stage comes after the defence has been called. The defence can either rebut the prosecution evidence or raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case. At the end of the defence case, it is the duty of court to consider the defence evidence in the light of the prosecution evidence. The Court considers the case as a whole. Then and only then, the court will make a finding on the guilt of the accussed. This is pursuant to section 183 of the Code......."
[10] Dalam kes: Yap Sing Hock & Anor v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 356; [1992] 4 CLJ 1950; [1992] 1 MLRA 86, [1992] 2 MLJ 714 (SC), Mahkamah Agung menyatakan:
".........It is fundamental principle in our law that the prosecution has to prove every ingredient of the offence of charge beyond a reasonable doubt........the onus never changes. There is no duty cast on an accused person to established his innocence.........."
[11] Justeru itu, di Akhir Kes Pembelaan, adalah menjadi kewajiban kepada mahkamah ini untuk menimbangkan samada dalam keterangan-keterangan kes Pembelaan telah mengwujudkan apa-apa jua Keraguan Yang Munasabah terhadap kes Pendakwaan. Seksyen 173(m) dan Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah memberikan kuasa kepada mahkamah ini untuk menimbangkan semua keterangan-keterangan yang ada dan menjustifikasikan Pendakwaan telah membuktikan suatu kes Melampaui Sebarang Keraguan Yang Munasabah (Beyond All Reasonable Doubt).
[12] Dalam kes Pembelaan, Tertuduh telah dipanggil untuk memberikan Keterangan Membela Diri. Tiga pilihan membela diri telah diterangkan kepada Tertuduh dan setelah berunding dengan pihak peguam, Tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Pembelaan Tertuduh bolehlah dinyatakan seperti berikut:
(i) Menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Aqidah dan Pemikiran Islam. Pembelajaran beliau memakan masa selama minimum 4 Semester dan maksimum selama 8 Semester. Ianya dijalankan secara Mix Mode (campuran kelas dan Disertasi);
(ii) Telah lulus Semester 2 Sessi 2012/2013 dan perlu untuk mendaftarkan diri bagi Semester 1 Sessi 2013/2014. Selanjutnya beliau perlu untuk mendaftar tajuk tesis serta mendapatkan penyelia untuk dirinya dan kemudiannnya membuat proposal;
(iii) Beliau telah menemui Dr. Mahmood bin Ahmad, Pensyarah Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mengenai tajuk tesis dan isi kandungannya. Cadangan tesis beliau adalah Implikasi Tauhid dalam Pentadbiran Negara. Dr. Mahmood telah bersetuju tetapi tidak memberikan senarai buku-buku dan beliau mula mengumpul bahan-bahan. OKT telah membeli buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tesis dan membuat Salinan fotostat banyak buku-buku serta membuat Salinan fotostat dari buku-buku Dr. Mahmood untuk tujuan kajian dan rujukan;
(iv) Melalui surat (P48) dan (P49) bertarikh 23 Januari 2014, OKT mengakui telah menerima surat peluputan pencalonan Ijazah Tinggi dari pihak Universiti Malaya kerana gagal untuk membaharui pendaftaran pencalonan dan gagal untuk membayar yuran-yuran berkaitan. OKT memberikan alasan bahawa beliau terlupa untuk mendaftar diri tetapi masih percaya bahawa beliau boleh membuat rayuan balik untuk meneruskan pengajian tersebut.
(v) Dalam masa yang sama, OKT mengalami masalah kewangan dan tidak mendapat sebarang tajaan dari pihak kerajaan serta beliau merupakan orang susah. Oleh yang demikian, beliau telah bekerja sebagai guru agama disebuah sekolah swasta. Beliau bekerja selama hampir 8 bulan dan memandangkan beliau mempunyai masalah pekerjaan, beliau telah pulang ke kampong.
(vi) OKT mengakui kenal dengan Dr. Mahmood tetapi melahirkan rasa terkejut kerana Dr. Mahmoood dikehendaki oleh pihak polis. OKT mengharapkan agar Dr. Mahmood menjadi penyelia bagi tesisnya dan kerap mengadakan perbincangan. Sepanjang masa tersebut, OKT tidak mengetahui tentang penglibatan Dr. Mahmood dengan kegiatan militant;
(vii) Apabila 12 buah buku-buku tersebut (P11), (P12), (P15), (P19), (P20), (P21), (P23), (24), (P26), (P32), (P34), (P38) dirujuk kepada OKT, beli akui bahawa sebahagian buku-buku tersebut telah dibelinya dan sebahagian lagi difotostat dari Dr. Mahmood. OKT mengakui bahawa kesemua buku-buku tersebut adalah relevan dengan tesisnya dan bertujuan sebagai bahan rujukan dan kajiannya. Dalam masa yang sama, OKT masih lagi belum mempunyai kesempatan membaca buku-buku tersebut;
(viii) Semasa dalam Pemeriksaan Balas Timbalan Pendakwa Raya:
(a) OKT tidak menafikan semua buku-buku tersebut dimilikinya
(b) OKT akui ada pergi ke Universiti Malaya tetapi tidak mendaftar pada semester pertama sessi 2013/2014
(c) OKT akui memandangkan beliau tidak mendaftar untuk meneruskan pengajian, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan surat bagi melucutkan pengajian beliau dan beliau ada menerima surat tersebut;
(d) OKT mengetahui bahawa Dr. Mahmood telah melarikan diri ke Filipina sebelum beliau ditahan;
(e) Catatan dalam buku yang ditulis sendiri adalah merujuk Syam dan beberapa buah negara yang sebahagian besarnya adalah berkaitan dengan Syria, Palestine, Iraq yang merupakan tempat gerakan Islamic State (IS)
(f)OKT bersetuju melihat kepada tajuk buku-buku tersebut ianya adalah berkaitan dengan pengganas. Tajuk buku Al Qaeda adalah merupakan pengganas;
(g) OKT juga bersetuju bahawa buku-buku yang dirampas adalah berkaitan dengan kumpulan pengganas dan jihad yang tidak selari dengan pegangan ahli Sunnah wal jamaah;
(h) OKT setuju pada Januari 2014 ada memberitahu ayahnya untuk ke Syria tetapi bukan untuk berjihad. Beliau menyatakan untuk menyertai misi keamanaan iaitu NGO Malaysia Life Line for Syria;
(i) OKT menyatakan ada membayar yuran tetapi tidak pergi mendaftarkan diri pada Semester pertama Sessi 2013/2014. Pada Semester kedua, memandangkan tempoh untuk mendaftar hamper tamat, OKT ada "transfer duit" kepada kawannnya untuk dia membayar kerana beliau tidak sempat ke Universiti Malaya;
(j) Ada seorang kawan bernama Muamar Gadaffi mengajak OKT lari ke Thailand. OKT mengetahui Muamar Gadaffi ditahan polis sebelum beliau ditahan.
[13] Dalam meneliti keterangan-keterangan kes pembelaan, adalah menjadi kewajiban kepada mahkamah ini untuk menguji keterangan tersebut dengan keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan. Dalam menguji kes pembelaan ini, beberapa persoalan-persoan penting perlulah diambil kira dan mahkamah ini akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.
ISU PEMBELAAN PERTAMA
Adakah kesalahan-kesalahan berkaitan dengan Pemilikan item-item yang mempunyai kaitan dengan pengganas merupakan suatu kesalahan Laibiliti Ketat menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan??
[14] Disepanjang kes pembelaan, apabila OKT dipanggil untuk memberikan keterangan, pada hemat saya tiada pada bila-bila masa OKT menafikan memiliki buku-buku seperti dalam pertuduhan. Tiada jua dalam keterangan OKT, beliau telah meletakkan beban kepada pihak-pihak yang lain mahupun menyatakan bahawa buku-buku tersebut kepunyaan penama-penama yang lain. Malah OKT mengakui buku-buku tersebut adalah kepunyaannya dan beliau membeli buku-buku tersebut. OKT juga mengakui ada membuat Salinan fotostat daripada buku-buku yang asal.
Pemeriksaan Utama (DW1)
Q:Rujuk buku (P11), buku bertajuk Meretas Jalan Fisabilillah. Dari mana kamu dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat tetapi pada buku ini saya dapati ada sticker dimana buku ini diimport. Pembekal buku ini iaitu Fajar Ilmu Baru dekat Masjid India
Q:Tujuan apa kamu membeli buku ini?
A:Untuk kajian saya dan rujukan saya
Q:Rujuk buku (P12), buku bertajuk Seri Materi Tauhid, Salinan fotostat?
A:Ya, saya perolehi buku ini dar Dr. Mahmood untuk tujuan rujukan dan kajian saya. Saya rasa ada sedikit relevan
Q:Rujuk (P15), buku bertajuk Mastikah Maslahat Dakwah, Salinan fotostat?
A:Ya, saya perolehi buku ini dari saya tidak ingat tapi mungkin dari Dr. Mahmood dan saya belum membacanya.
Q:Rujuk (P19), buku bertajuk Dari Usamah kepada Para Aktivis. Dari mana kamu dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat beli dimana tapi buku ini jugak tertera pengimport dan pembekal Fajar Ilmu Baru
Q:Rujuk (P20), buku bertajuk Generasi Kedua Al-Qaeda. Dari mana kamu dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat beli dimana tapi buku ini ada pengimport dan pembekal iaitu Fajar Ilmu Baru Masjid India
Q:Rujuk (P21), buku bertajuk Masterplan? Dari mana dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat saya beli dimana tetapi pada buku ini tercatit pengimport dan pembekal iaitu Fajar Ilmu Baru, Masjid India
Q:Rujuk (P23), buku bertajuk Turki Negara dan Wajah. Dari mana dapat buku ini?
A:Kalau tidak silap saya, saya dapati buku ini di booth 2 buku yang terdapat di Universiti Malaya
Q:Rujuk (P24), buku bertajuk Deklarasi Dalam Islam. Dari mana dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat dimana beli buku ini tetapi buku ini tertera pengimport dan pembekal iaitu Fajar Ilmu Baru Masjid India
Q:Rujuk (P26), buku bertajuk Pasukan Panji Hitam, dari mana dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat tapi saya beli seingat saya dikedai buku di Kuala Terengganu dan buku ini tertera penerbitnya adalah Jamin di Puchong Selangor. Saya membelinya hanya untuk pengetahuan saya sahaja dan saya tidak pasti buku ini ada kaitan atau tidak dengan tajuk kajian saya
Q:Rujuk (P32), buku ini adalah Salinan Naskah buku bertajuk Manlah berkenaan Al Sunnah
A:Saya tidak ingat buku ini beli dimana
Q:Rujuk (P34), salinan buku bertajuk Rahim Ikhwanul Muslimin, dapat dari mana?
A:Saya tidak ingat buku ini beli dari mana. Tapi buku ini tertera pengimport dan pembekalnya dari Fajar Ilmu Baru, Masjid India
Q:Rujuk (P38), buku bertajuk Artik Gerakan Jihad, dimana dapat buku ini?
A:Saya tidak ingat dapat dari mana buku ini.
Pemeriksaan Balas DPP (DW1)
PUT:Saya katakan bahawa buku-buku tersebut kepunyaan kamu pada hari kamu ditangkap oleh polis?
A:Ya, saya tidak menafikan semua buku-buku ini dimiliki oleh saya
PUT:Setuju, saya katakan pada masa kamu ditahan kamu telah menyatakan bahawa buku-buku yang dirampas itu adalah milik kamu?
A:Saya tidak ingat
[15] Daripada keterangan-keterangan OKT samada diperingkat pemeriksaan utama mahupun pemeriksaan balas, pada hemat saya OKT mengiyakan dan bersetuju dengan kes pendakwaan bahawa pada masa OKT ditangkap OKT sememangnya mempunyai pemilikan terhadap buku-buku tersebut. Sekiranya begitu, pada masa OKT ditangkap oleh pihak polis, OKT mempunyai kawalan dan jagaan terhadap buku-buku tersebut. Sekiranya begitu, persoalan sekarang adalah:
Persoalan (1):
Adakah dengan memiliki buku-buku tersebut menjadikan suatu kesalahan terhadap OKT??
[16] Merujuk kepada buku: Alman: Criminal Law in Malaysia, ILBS (2012) oleh Dato' Haji Mohamad Shariff dan Dato' Hjh. Asidah, mukasurat 65 hingga 70 menjelaskan bahawa didalam sistem perundangan jenayah, prinsip amnya adalah seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah dengan sesuatu jenayah melainkan dibuktikan kesalahannya tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Prinsip ini juga disebut dalam Bahasa Latin actus non facit reum nisi mens sit rea. Ianya bermaksud bahawa sesuatu tindakan itu tidak akan menjadikan seseorang itu bersalah kerana melakukan sesuatu jenayah melainkan dalam fikirannya itu juga turut bersalah ataupun mempunyai niat yang salah. Satu lagi prinsip penting dalam laibiliti jenayah adalah acta exteriora indicant interiora secreta yang bermaksud setiap orang itu dianggap berniat terhadap kesan biasa daripada tindakannya, atau dalam ungkapan yang singkat bermakna "perbuatan melambangkan niat" Perkara-perkara yang perlu dibuktikan adalah seperti berikut:
(i) bahawa seseorang itu mempunyai niat iaitu keadaan fikiran yang jelas terhadap sesuatu perlakuan itu atau kejadian itu. Kejadian ini disebut sebagai Mens Rea jenayah itu;
(ii) bahawa seseorang itu telah melakukan atau menyebabkan sesuatu kejadian itu berlaku. Disini diletakkan suatu tanggungjawab keatasnya atas alasan dia telah menyebabkan wujudnya suatu kejadian yang dilarang oleh undang-undang. Keadaan ini disebut sebagai Actus Reus.
[17] Didalam perlakuan jenayah kedua-dua unsur Mens Rea dan Actus Reus perlulah wujud secara serentak. Sekiranya sesuatu tindakan yang dilakukan (Actus Reus) itu dilakukan tanpa disertai oleh niat (Mens Rea), maka perbuatan itu tidaklah boleh disifatkan sebagai perlakuan jenayah. Ianya mungkin suatu perbuatan biasa sahaja dan tidak bersalah. Sebagai contohnya A telah menikam B sehingga mati. Perbuatan A menikam B dengan sebilah pisau adalah merupakan suatu kejadian Actus Reus. Apabila kita menyatakan bahawa peristiwa yang tertentu itu merupakan Actus Reus jenayah, apa yang dikatakannya adalah bermaksud peristiwa itu mungkin satu perlakuan jenayah sekiranya ianya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai Mens Rea.
[18] Kadangkala pada masa-masa yang tertentu adalah sukar untuk mengasingkan sifat Actus Reus daripada unsur Mens Rea. Sebagai contohnya, seseorang yang memiliki senjata merbahaya ditempat awam merupakan suatu tindakan Actus Reus. Persoalan samada sesuatu senjata itu berbahaya adalah bergantung kepada persoalan niat mengenai sebab-sebab yang ianya dibawa. Dalam hal ini unsur Mens Rea adalah menjadi sebahagian daripada sifat Actus Reus yang perlu didalam sesuatu kesalahan jenayah. Sekiranya kesalahan yang diperkatakan itu hanya setakat memiliki ataupun membenarkan, ianya tidak akan dapat dibuktikan bahawa seseorang itu memilikinya ataupun membenarkannya. Dalam hal ini, tiada memerlukan unsur Mens Rea sepenuhnya bagi mensabitkan seseorang itu diatas kesalahan membenarkan motortsikalnya digunakan kerana tidak memiliki insuran yang dibenarkan yang mana dia hanya berniat untuk meminjamkan penggunaan motorsikal tersebut walaupun pada hakikatnya motorsikal itu tidak diinsurankan.
[19] Secara literalnya perkataan Mens Rea adalah merujuk kepada Pemikiran Bersalah (Guilty Mind). Tetapi falsafah Mens Rea pada hakikatnya bukanlah sebegitu. Ini adalah kerana seseorang itu mungkin ada Mens Rea tetapi tiada mempunyai perasaan bersalah didalam dirinya. Sebagai contohnya seseorang itu bertindak menurut rasa hatinya yang ikhlas, dengan mempercayai bahawa segala tindakan dan perbuatannya adalah tidak menyalahi moral dan adalah benar menurut undang-undang, walhal pada hakikatnya orang itu sebenarnya mempunyai Mens Rea. Justeru itu adalah penting untuk menilai perbezaan sikap dan mental seseorang itu dengan persoalan Actus Reus kejadian jenayah tersebut.
Secara umumnya, suatu Actus Reus mengandungi semua unsur-unsur yang terdapat didalam takrif jenayah melainkan unsur mental tertuduh. Ianya bukanlah tertakluk hanya kepada kepada sesuatu perbuatan seseorang itu. Ia juga melibatkan keadaan kejadian yang memerlukan bukti-bukti kukuh bagi suatu perbuatan atau peninggalan (omission). Adalah perlu untuk membuktikan bahawa sesuatu tindakan itu mempunyai akibat yang tertentu. Sebagai contohnya: A melakukan pembunuhan. Adalah perlu untuk membuktikan kelakuan A yang menyebabkan kematian itu. Justeru itu Actus Reus merupakan akibat yang disebabkan oleh kelakuan manusia yang hendak ditegah oleh undang-undang.
[20] Pada kebiasaannya, Actus Reus terjadi daripada kelakuan dan kadangkala daripada akibat dan keadaan kelakuan itu terjadi. Contohnya: dalam kes jenayah curi, adalah perlu untuk membuktikan bahawa A secara tidak jujur telah melakukan tindakan mengasingkan harta kepunyaan orang lain. Sekirannya harta itu tidak dimiliki oleh mana-mana orang, mungkin telah ditinggalkan, maka tindakan A mengasingkan harta itu tidaklah menjadi suatu Actus Reus kes kecurian. A tidak boleh disabitkan dengan kesalahan mencuri kerana erkara pokok bagi jenayah itu tidak wujud, walaupun A sendiri tidak bersikap jujur terhadapnya.
[21] Keadaan fikiran tertuduh juga merupakan sebahagian daripada unsur Actus Reus dan perlulah dibuktikan. Contohnya: A telah dipertuduhkan atas tuduhan merogol B. Adalah perlu untuk membuktikan bahawa B tidak merelakan persetubuhan sedemikian. Ianya merupakan unsur yang begitu penting dalam jenayah kategori ini. Walaupun bagaimanapun unsur kerelaan tidak tetrpakai dalam kes-kes tertentu seperti kes pembunuhan.
[22] Secara umumnya, unsur Mens Rea boleh wujud tanpa Actus Reus. Tetapi sekiranya actus reus sesuatu jenayah itu tidak wujud, maka bolehlah dikatakan bahawa suatu jenayah itu tidak wujud. Sebagai contohnya: walaupun A mempercayai bahawa dia telah mengambil harta B, tetapi dia tidaklah boleh disabitkan atas kesalahan mencuri sekiranya harta itu tidak dipunyai oleh mana-mana orang. Dalam hal yang sedemikian, unsur Actus Reus mestilah dibuktikan. Bagi tujuan undang-undang jenayah, adalah perlu untuk membahagikan sesuatu perbuatan itu kepada unsur-unsur:
(i) kelakuan yang merupakan ciri terpenting jenayah itu;
(ii) keadaan material persekitaran; dan
(iii) akibat-akibat daripada perbuatan itu.
[23] Dalam unsur Actus Reus yang melibatkan perbuatan seseorang itu, adalah perlu untuk membuktikan kelakuan itu terbit daripada kemahuan orang itu. Sebagai contohnya: dalam kes mencederakan dan bukti-bukti menunjukkan bahawa semasa A sedang memegang pisau, tiba-tiba B datang lalu memegang tangan A dan tanpa kemahuan A menikam C dengan pisau yang masih dalam genggaman A. Oleh itu A tidaklah boleh dipersalahkan mencederakan C kerana perbuatan itu bukanlah perbuatannya sendiri.
[24] Apabila unsur Actus Reus memerlukan akibat sesuatu kejadian tertentu, adalah perlu untuk membuktikan bahawa kelakuan tertuduhlah yang menyebabkan kesemua kejadian itu terjadi. Contohnya: dalam kes pembunuhan, adalah perlu untuk membuktikan bahawa perbuatan tertuduhlah yang menyebabkan kematian itu. Sekiranya kematian itu terjadi semata-mata disebabkan oleh akibat yang lain, maka jenayah itu tidak wujud, walaupun kesemua unsur lain iaitu Mens Rea dan Actus Reus wujud. Didalam kes R lawan White [1910] 2 KB 124, D telah meletakkan potassium sinida ke dalam minuman yang dinamakan "madu" dengan niat untuk membunuh ibunya. Sejurus kemudian ibunya didapati telah meninggal dunia dengan segelas tiga suku penuh berada disisinya. Keterangan doktor menunjukkan bahawa dia telah meninggal dunia bukan disebabkan meminuman racun tetapi akibat lemah jantung. D dibebaskan daripada tuduhan membunuh dan disabitkan dengan tuduhan cuba membunuh. Walaupun akibat yang dihajati oleh D tu terjadi, bukanlah dia yang menyebabkan perkara itu terjadi dan tidak terdapat actus reus pembunuhan.
[25] Suatu kesalahan Laibiliti Ketat adalah dimana unsur dan elemen Mens Rea diketepikan ataupun dikecualikan. Justeru itu ianya merupakan suatu pengecualian kepada peraturan am dan merupakan suatu pengecualian kepada peraturan am dan merupakan suatu perbuatan jenayah yang tidak memerlukan sebarang niat, kesemberonoan mahupun yang menjadi salah satu ataupun unsur Actus Reus. Dalam keadaan yang sedemikian, pihak tertuduh boleh didapati bersalah walaupun tidak mempunyai sebarang Mens Rea dan tidak boleh dipersalahkan dalam apa-apa jua keadaan. Kes-kes Laibiliti Ketat akan terpakai apabila ianya melibatkan kes-kes yang berkaitan dengan ketenteraman dan kepentingan awam. Dalam kes: Alphacell Ltd. v. Woodward [1972] 2 AER 475 dimukasurat 483 (HL), dalam kes ini, tertuduh bersalah kerana menyalurkan sisa-sisa tercemar disalurkan ke sungai. Ini bertentangan dengan seksyen 2(1)(a) Rivers (Prevention of Pollution) Act. Dalam kes ini, tertuduh telah membina dan mengusahakan tangka-tangki pengendapan yang mempunyai saluran untuk limpahan masuk sungai dan menyediakan pam-pam yang direka khas untuk menghalang sebarang limpahan. Tetapi pam-pam itu telah tersekat oleh tumbuhan-tumbuhan liar maka menyebabkan limbahan pun berlaku. Tidak terdapat bukti bahawa pencemaran tersebut sememangnnya terjadi ataupun mereka telah cuai. Dalam kes ini, unsur mens rea diketepikan. Ini kerana jika mens rea perlu dibuktikan, maka sudah tentu hukuman tidak boleh disabitkan dan pencemaran akan terus berleluasa. Wright J dalam penghakiman House of Lord menyatakan:
"..............Section 2(1) did not require the prosecution to establish that the appellants had knowingly, intentionally or negligently caused the polluted water to enter the river; the offence created by section 2(1) was in the nature of a public nuisance and belonged to that class of offences which could not strictly be described as criminal but were rather acts prohibited by statute under a penalty............."
[26] Dalam kes: Pendakwa Raya lawan Osman bin Apo Hamid [1976] 1 LNS 110; [1978] 2 MLJ 38; [1976] 1 MLRH 49 dimana pihak responden telah didapati membawa beg-beg yang berisi beras melebehi daripada yang dibenarkan dalam permit yang mereka kemukakan. Kesemua mereka telah ditahan dan dipertuduhkan. Kedua-dua pihak resonden mengakui mempunyai pengetahuan mengenai fakta mereka membawa 130 beg-beg yang berisi beras tetapi menafikan mempunyai pengetahuan tentang jumlah yang dibenarkan didalam permit iaitu 80 beg sahaja. Hakim Abdul Razak memutuskan bahawa:
"...........it is submitted by the defence that the defendants had no knowledge that they were allowed to carry 80 bags only and should not be convicted. I do not think I can agree with that contention. In my view the offence is one of strict liability in which the mental element is negatived by the legislature. I have no doubt that the legislature intended that the category of physicals acts of this nature must itself constitute an offence if only because the alternative would mean that the apprehension of offences of this nature would be well high difficult if not impossible. The creation of absolute offences is not new. Indeed Sweet v. Parsley [1970] which I shall refer to takes cognizance of this fact. Lord Reid says:
.............Our first duty is to consider the words of the Act: if they show a clear intention to create an absolute offence that is an end of the matter"......
And Lord Morris at page 152 in the same vein had this to say on the requirement of mens rea :
".................But as Parliament is supreme it is open to Parliament to legislate in such a way that an offence maybe created on which someone may be found guilty though mens rea is lacking........the Legislature has thought it so important to prevent the particular act from being committed that it absolutely forbids it to be done; and if it is done the offender is liable to a penalty whether he had any mens rea or not, and whether or not he intended to commit a breach of the law. Thus in diverse situations and circumstances and for any one of a variety of reasons Parliament may see fit to create offences and make people responsible before criminal courts although there is an absence of mens rea.........but the nature of the crime, the punishment, the absence of social obioquy, the particular mischief and the field of activity in which it occurs, and the wording of the particular section and its context, may show that Parliament intended that the act should be prevented by punishment regardless of intent or knowledge.............."
[27] Begitu juga dalam kes: Seah Eng Joo v. Regina [1961] 1 LNS 118; [1961] 1 MLRH 876; [1961] 27 MLJ 252, perayu adalah seorang yang berada dibawah pengawasan polis dibawah Seksyen 47(b) Ordinan Undang-undang Jenayah 1955. Perayu dikehendaki tinggal didalam rumahnya daripada pukul 7 petang sehingga 7 pagi. Walaubagaimanapun menurut perayu, pada hari kejadian dia berada disebuah bar sebelum 7 petang dan telah mabuk serta dihantar pulang pada jam 9.30 malam. Perayu membela diri dengan menggunakan dalihan mabuk dibawah Seksyen 86 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi berpendapat walaupun cerita itu benar, tetapi oleh kerana Seksyen 49A(3) Ordinan itu menyatakan bahawa seseorang yang tidak patuh kepada arahan adalah dikira melakukan kesalahan. Mahkamah memutuskan untuk mengenepikan Mens Rea dengan alasan kepentingan awam perlu dijaga. Kewujudan Actus reus sahaja sudah memadai. Buttrose J dalam penghakiman menyatakan:
"...........in my view the section imposes an absolute liability on the appellant. The general rule appears to be that if an Ordinance contains an absolute prohibition against the doing of some acts, such as in the present instance of being out of doors between certain hours, mens rea is not a constituent of the offence. It is not an act which is criminal in the real sense of the term but one which in the public interest is prohibited under a penalty.........."
[28] Pemakaian kesalahan Laibiliti Ketat hanya terpakai bagi kesalahan-kesalahan tertentu sahaja yang melibatkan bagi memelihara masyarakat daripada terdedah kepada bahaya. Ianya lebih melibatkan kesalahan yang melibatkan aspek kemasyarakatan (public interest). Sesuatu kesalahan itu menjadi Laibiliti Ketat apabila ia bertentangan dengan hak masyarakat dan ketenteraman awam seperti berlakunya pencemaran begitu juga kesalahan seperti memandu laju melebehi had kelajuan yang telah ditetapkan. Begitu juga contohnya sekiranya seseorang penunggang motorsikal tidak memakai topi keledar keselamatan dan tidak membawa lesen, tertuduh tetap boleh disabitkan bersalah walaupun tidak wujud "Mens Rea" atau berniat jahat. Laibiliti Ketat membuatkan seseorang itu berwaspada dan berhati-hati terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang berkaitan dengan kepentingan keselamatan masyarakat. Mungkin Laibiliti Ketat lebih sesuai bagi peniaga dan penjual supaya berhati-hati apabila menjual produk mereka kepada orang awam. Dalam kes: Mohamed Ibrahim lawan Pendakwa Raya [1962] 1 LNS 100; [1962] 1 MLRH 3; [1963] 29 MLJ 289, pihak perayu telah disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 292(2) Kanun Keseksaan kerana mempunyai pemilikan bagi tujuan untuk jualan 65 salinan buku bertajuk "Tropic of Cancer", yang mana didapati adalah suatu buku lucah. Dia telah merayu diatas sabitan itu atas alasan dia tidak dapat membaca mahupun menulis mahupun membaca English dan dia tidak tahu, atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa buku itu adalah lucah. Thompson CJ menyatakan:
"................the test of obscenity is this, whether the tendency of the matter charged as obscenity is to deprave and corrupt those whose minds are open to such immoral influences and into whose hands a publication of this sort may fall.....................
I am not dismayed by the idea that the opinion of the magistrate before whom the case is brought is virtually determinative of the question whether the books or, pictures libeled, are or are not indecent or obscene. Once it is understood that the emphasis falls to be laid upon the second of the elements defined above, it seems to me to be not only intelligible but inevitable that the character of the offending books or pictures should be ascertained by the only method by which such a fact can be ascertained, viz, by reading the books or looking at the pictures. The book or picture itself provides the best evidence of its own indecency or obscenity or of the absence of such qualities; and if in any case the magistrate's decision is challenged, the only method by which an appellate tribunal could determine whether the magistrate was entitled to reach the conclusion which he did would be by examining the book or picture, not with a view to retrying the case but solely with a view to discovering whether they revealed evidence on which a reasonable Magistrate would be entitled to condemn them as indecent or obscene........
It is clearly one object of section 292 of the Penal Code to protect those members of the public, particularly the younger members of the public who may be tempted to buy and so expose themselves to the corrupting influence of obscene books. To adopt the language of Lord Coleridge in Blaker v. Tillstone [1894] 1 QB 345, it is clear that any enactment forbidding possession for sale of obscene books would be nugatory if in every case it was open for the person in possession to say that he did not know the contents of the books he was selling and if it were for the prosecution to negative that assertion. In every case, it would be open to any person wishing to sell such books to employ as his vendor persons ignorant of the English language who would be immune from punishment. I can see no reason for differentiating between the person who sells books and the person who sells beer or beef or tobacco. It is his business to ensure that his merchandise is such that the public who buy from him do not suffer and the most the prosecution can be expected to prove is not knowledge but the existence of means of acquiring knowledge.........And if he exercises it wrongly then he must face the consequences................."
[29] Sebelum saya membuat keputusan mengenai klasifikasi pertuduhan dan kesalahan terhadap OKT, adalah perlu untuk merujuk semula kepada peruntukan Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan seperti berikut:
Section 130JB Possession, etc. of items associated with terrorist groups or terrorists
(1) Whoever -
(a) Has possession, custody or control of; or
(b) Provides, displays, distributes or sells,
Any items associated with any terrorist group or the commission of a terrorist act shall be punished for a term not exceeding seven years, or with fine, and shall also be liable to forfeiture of any such item
Dalam buku NS Bindra's, Interpretation of Statutes oleh MN Rao dan Amita Dhanda, LexisNexis Butterworth, 10th Edition, mukasurat 403-404 menyatakan:
"............the function of the court is only to expound and not to legislate. The dominant purpose in construing a statute is to ascertain the intent of the legislature, as expressed in the statute, considering it as a whole and in the context. The most fair and rational method for interpreting a statute is by exploring the intention of legislature through the most natural and probable signs which are either the words, the context, the subject matter, the effects and consequences, or the spirit and reason of the law. In the court of law what the legislature intended to be done or not to be done can only be legitimately ascertained from that what it has chosen to enact, either in express words or by reasonable and necessary implication.............it is elementary that the primary duty of a court is to give effect to the intention of the legislature as expressed in the words used by it and no outside consideration can be called In aid to find that intention............"
Selaras dengan isu ini juga, saya ingin merujuk kepada Seksyen 17A Interpretation Act 1967 seperti begini:
"17A Regard to be had to the purpose of the Act
In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object............."
[30] Meneliti kepada Kanun Keseksaan terutamanya Bab VI A terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan dengan Pengganas yang bermula dari Seksyen 130C, 130D, 130E, 130F, 130FA, 130FB, 130G, 130H, 130I, 130J, 130JA, 130JC, 130JD, 130K, 130M, 130N, 130O, 130P, 130Q, 130R, 130S, menyebut tentang "knowing", "intentionally", "having reason to believe" yang secara jelas memerlukan elemen NIAT (MENS REA ). Tetapi persoalannnya adalah perkataan-perkataan tersebut tiada dalam peruntukan Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan. Pada hemat saya, sekiranya pihak Parlimen berhasrat atau berniat untuk mengenakan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan dengan pembuktian Mens Rea (Niat), saya penuh percaya bahawa perkataan-perkataan "knowing", "intentionally", "having reason to believe" akan semestinya dimasukkan dalam peruntukan tersebut. Tetapi saya tidak mendapati apa-apa jua perkataan sebegini dalam Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan. Kalaulah begitu, adakah ini bermaksud bahawa Parlimen sengaja meninggalkan perkataan-perkataan tersebut walhal peruntukan-peruntukan lain dinyatakan secara jelas?? Atau adakah ini merupakan suatu Kekhilafan pihak pembuat undang-undang?? Atau adakah ianya suatu kecuaian yang disengajakan oleh pihak-pihak??
[31] Justeru itu dalam situasi begini, saya berbalik semula kepada prinsip asal sesuatu kesalahan bagi Laibiliti Ketat ini. Pemakaian Laibiliti Ketat hanya terpakai bagi kesalahan-kesalahan tertentu sahaja yang melibatkan bagi memelihara masyarakat daripada terdedah kepada bahaya. Ianya lebih melibatkan kesalahan yang melibatkan aspek kemasyarakatan (public interest). Sesuatu kesalahan itu menjadi Laibiliti Ketat apabila ia bertentangan dengan hak masyarakat dan ketenteraman awam. Dalam keadaan yang sedemikian, saya akui tidak dapat lari dari meneliti Hansard (Penyata rasmi Dewan Rakyat) bagi meneliti hasrat pembuat undang-undang semasa undang-undang mengenai keganasan dibentangkan di Parlimen. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama Bil. 18 bertarikh 7 April 2015 mukasurat 104, 122:
"........ini selaras dengan tekad kerajaan untuk menghindari Malaysia menjadi sumber atau hab transit bagi mana-mana kumpulan pengganas. Kesalahan khusus juga diwujudkan berhubung pemilikan barang-barang yang berkaitan dengan kumpulan pengganas dan perbuatan keganasan, membina atau selainnya. Menyediakan pengangkutan bagi tujuan perbuatan keganasan serta membuat apa-apa persediaan bagi melakukan perbuatan pengganas...........
Peruntukan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, elemen-elemen utama dalam Rang Undang-undang ini memperuntukan seperti berikut:
..............seksyen 130JB memperuntukkan bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa barang yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau perlakuan sesuatu perbuatan keganasan. Kesalahan itu juga merangkumi perbuatan mengadakan, mempamerkan, mengagih atau menjual barang itu...............
.........terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar hujah daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan satu seksyen yang banyak dibangkitkan iaitu Seksyen 130JB(1) iaitu seksyen yang berhubung dengan possession of item. Saya sendiri pun mempunyai kecurigaanjuga, Yang Berhormat. Saya memahami apa yang Yang Berhormat sebut berhubung dengan possession ini dan Yang Berhormat sebut juga, itu yang asas sekali dalam sudut undang-undang, actus reus dan mens rea itu, ia tidak ada soalan mens rea proof. Asalkan ia mempunyai atau ada benda-benda macam itu, kalau dilihat secara literal undang-undang ini, boleh dihukum dan boleh dibawa ke mahkamah............
.............Yang Berhormat, oleh kerana saya juga peka dengan proses pemindaan Yang Berhormat. Kalau saya boleh buat sekarang pindaan itu, saya boleh ubah. Masuk apa yang disebut oleh itu tadi supaya soalan mens rea itu akan dimasukkan dalam seksyen 130JB ini. Akan tetapi saya beri assurance satulah sebagaimana yang dipinta oleh Yang Berhormat Shah Alam, saya akan bincang dengan AG selepas kelulusan itu nanti untuk kita membincangkan soal pindaan kepada 130JB ini............"
[32] Setelah meneliti peruntukan Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan dan nota-nota perbahasan melalui Penyata Rasmi Dewan Rakyat semasa undang-undang tersebut digubal, fakta-fakta ini telah ditimbulkan dan dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen. Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengakui bahawa tiada elemen Niat dalam peruntukan tersebut. Diakhir perbahasan menyatakan untuk merujuk peruntukan berkenaan kepada Peguam Negara. Dalam perihal ini saya mendapati tiada sebarang pindaan pun dibuat keatas peruntukan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Justeru itu, berlandaskan kepada otoriti-otoriti diatas, objektif undang-undang ini diperbuat oleh Parlimen dan susunan-susunan perkataan didalam peruntukan seksyen tersebut, adalah menjadi hemat saya bahawa peruntukan Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan merupakan suatu kesalahan Laibiliti Ketat (strict liability offence). Penghujahan peguam bahawa ini bukan merupakan suatu kes laibiliti ketat tiada mempunyai sebarang merit dan harus ditolak. Dalam keadaan yang sedemikian, mana-mana orang yang didapati memiliki apa-apa jua item yang mempunyai kaitannya dengan pengganas adalah melakukan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Peruntukan ini sekali gus mengenepikan apa-apa jua elemen Mens Rea samada melibatkan pengetahuan, niat dan sebagainya. Dalam menyampaikan keputusan, saya ingin merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan: Thein Hong Teck & Ors. v. Mohd Afrizan Hussain & Anor Appeal [2012] 1 CLJ 49,
".....(31) We are of the view that that Section 314(1) of the Act is clear and unambiguous. As such it must be given its literal interpretation. Under the circumstances it is not the function of the court to rewrite the statute in a way in which it considers reasonable. In other words, the High Court was not entitiled to read words into that provision. Where the words of the statute are plain and unambiguous, the court ought to give effect to its plain meaning.............."
[33] Justeru itu, tanpa mengambil kira apa-apa jua alasan yang dikemukakan oleh OKT, saya mendapati bahawa pada ketika OKT ditahan oleh pihak polis, OKT telah memiliki 12 buah buku-buku yang disenaraikan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas. Oleh itu, diatas isu ini sahaja, OKT didapati bersalah dan disabitkan kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan. Sungguhpun begitu, sekiranya dikatakan pemilikan buku-buku tersebut bukan merupakan suatu kesalahan Laibiliti Ketat, saya telah terus menimbangkan isu-isu lain seperti berikut dalam mencapai keputusan akhir kes ini.
Persoalan (2):
Adakah OKT tahu buku-buku tersebut ada kaitan dengan pengganas??
[34] Pihak peguam juga menghujahkan bahawa berdasarkan kepada kes: Toh Ah Loh v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] 15 MLJ 54 dan kes: Public Prosecutor v. Badrul Hisham bin Baharom [1988] 2 MLJ 285, pada ketika OKT diserbu, beliau tidak melarikan diri, tidak cuba membuang atau melupuskan buku-buku tersebut. Sekiranya OKT mengetahui bahawa beliau memiliki buku-buku yang ada kaitan dengan pengganas, pastilah beliau akan bertindak cuba melarikan diri atau cuba melupuskan bahan bukti yang ada. Fakta bahawa OKT tidak melakukan perbuatan-perbuatan tersebut adalah selari dengan fakta bahawa OKT tidak mengetahui bahawa buku-buku tersebut boleh dikaitkan dengan pengganas.
Dalam meneliti isu ini, saya mendapati peruntukan Seksyen 130JB Kanun Keseksaan ini juga mirip dengan Seksyen 57 dan 58 Terrorism Act 2000 United Kingdom (UK). Dalam memakai elemen pemilikan, mahkamah disana dalam kes: R v. Muhammad (Sultan) [2010] 3 AER 759, memberi pencerahan berikut yang dinukilkan dalam Bahasa asalnya: "Possession must be voluntarily and must involve actual and potential physical control. The accused must have knowledge of the nature (the content) of what is possessed. The length of time of possession is not material to guilt, though the sentence reflected his brief period of possession......"
[35] Sungguhpun begitu, saya penuh percaya kedudukan undang-undang di Malaysia adalah sedikit berbeza dengan undang-undang di UK, hanya pemilikan bahan yang menjurus atau mencapai tujuan kepada aktiviti keganasan menjadi kesalahan di sini. Hal ini bermakna, bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas tanpa hubung kait dengan tindakan keganasan act of terrorism secara khusus tidak menjadi kesalahan. Pada hemat saya kedudukan undang-undang Terrorism Act 2000 tidak terpakai dinegara ini. Sekiranya dikatakan bahawa Akta tersebut wajar dipertimbangkan oleh Malaysia mengenai hak OKT untuk mengemukakan "alasan munasabah" atas pemilikan buku-buku tersebut sebagai pembelaaanya di mahkamah, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan isu-isu tersebut. Dalam kes pihak pendakwaan, melalui saksi (SP10) jelas membuktikan bahawa buku-buku tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti-aktiviti pengganas. Persoalannya adalah: Adakah OKT mengetahui bahawa buku-buku tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas??
Pemeriksaan Balas DPP (DW1)
Q:Rujuk (P11), tulisan-tulisan yang ditulis dimukasurat pertama adalah tulisan siapa?
A:Tulisan saya
Q:Setuju, buku-buku ini berkenaan dgn jihad
A:Ya setuju
Q:Dalam buku (P11) terdapat catitan "aku amat merindui tanah yang engkau berkati kerana disitulah dikhabarkan syiar Mu bakal di tegakkan", apa maksud kamu?
A:Kalau menurut Hadis, ianya merujuk kepada Negeri Syam. Syam itu tidak semestinya Syria. Syama itu merujuk kepada beberapa buah negara iaitu sebahagian besarnya adalah Syria, Iraq dan Palestine
Q:Setuju, di Syam dan Iraq adalah tempat Gerakan Islamic State?
A:Setuju, saya tahu
Q:Rujuk buku (P20), apakah dan siapakah Aiman Zarkawi dan Al-Qaeda. Setuju, buku ini ada kaitan dengan pengganas Al-Qaeda?
A:Kalau mengikut tajuk, Al-Qaeda itu adalah kumpulan pengganas dan semasa saya beli buku ini, saya tahu mengenai pengganas.
Q:Rujuk buku (P34), setuju buku ini ada kaitan dengan Al-Qaeda?
A:Kalau berdasarkan kepada tajuk saya setuju
Q:Rujuk buku (P21), ianya ada kaitan dengan pengganas?
A:Kalau mengikut tajuk, ianya ada kaitan dengan pengganas tetapi cuma saya tidak pasti samada ianya ada kaitan dengan Al-Qaeda kerana saya belum membacanya lagi
Q:Setuju, buku-buku lain yang dirampas adalah berkaitan dengan kumpulan pengganas dan jihad yang tidak selari dengan pegangan ahli Sunnah wal jamaah?
A:Setuju
Q:Setuju, buku-buku ini dalam pemilikan kamu dan kamu tahu ianya berkaitan dengan pengganas, Al-Qaeda dan IS?
A:Kalau mengikut tajuknya memang buku-buku ini ada kaitan dengan pengganas
[36] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan OKT semasa pemeriksaan balas, persoalan samada OKT telah membaca buku-buku tersebut bukanlah suatu isu. Apa yang penting adalah semasa membeli buku-buku tersebut dan ketika OKT ditahan oleh pihak polis, OKT mengetahui status buku-buku tersebut. Dalam soal ini, sungguhpun tiada keperluan dipihak Timbalan Pendakwa untuk membuktikannnya, saya berpuashati bahawa pada ketika OKT ditangkap oleh polis, malahan semasa membeli buku-buku tersebut dan berada dalam pemilikannya, OKT mengetahui bahawa ianya berkaitan dengan pergerakan pengganas Al-Qaeda dan Islamic State.
ISU PEMBELAAN KEDUA
Benarkah OKT ingin menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan buku-buku tersebut untuk kajian dan rujukannya??
[37] Keterangan mengenai isu pembelajaran OKT ada dinyatakan seawal dalam kes pendakwaan lagi melalui keterangan (SP7). Dalam keterangan saksi ini menyatakan bahawa OKT pernah mendaftar di Universiti Malaya sebagai pelajar peringkat Sarjana Usuluddin pada Semester Kedua Sesi 2012/2013. Beliau mengesahkan bahawa OKT tidak tamat pengajian kerana pada Semester Kedua pengajian beliau, OKT gagal mendaftar. OKT mengambil pengajian secara Mix Mode iaitu secara campuran Kursus dan Disertasi. Dalam keadaan yang sedemikian, OKT perlulah menamatkan kedua komponen Kursus dan Disertasi bagi memperolehi Ijazah Sarjana. Sebagai meneruskan pengajian, OKT perlulah membuat pendaftaran dan membayar yuran. Bagi meneruskan pengajian secara Disertasi, OKT perlulah membuat proposal sebelum penyelia dilantik. Dalam keadaan OKT tiada penyelia dilantik kerana beliau tidak mendaftar dan tidak mengemukakan Proposal, malahan dalam rekod sistem juga tiada nama penyelia sehingga kini. Memandangkan OKT telah gagal untuk mendaftar, pihak Universiti telah mengeluarkan Surat Peluputan Pencalonan Ijazah Tinggi (P48) bertarikh 23 Januari 2014. Pada perenggan 3 surat berbunyi seperti begini:
"...3. Mengikut rekod kami, sehingga kini tuan/puan masih lagi belum memperbaharui pendaftaran tuan/puan bagi Semester 1, Sessi 2013/2014. Maka dukacita dimaklumkan bahawa pencalonan tuan/puan diluputkan......................
4. Walaubagaimana pun, sila abaikan perkara di perenggan 3 diatas sekiranya tuan/ puan telah memenuhi mana-mana syarat/ status berikut:
(a) Telah memperbaharui pencalonan;
(b) Telah mendapati kelulusan fakulti untuk menarik diri dari semester;
(c) Telah menyerahkan Kertas Projek/ Laporan Penyelidikan/ Disertasi/ Tesis untuk pemeriksaan;
(d) Telah tamat pengajian/ menunggu konvokesyen.............."
[38] Sungguhpun begitu, semasa saksi ini disoal balas oleh peguam, beliau menyatakan sungguhpun surat (P48) telah dikeluarkan, pelajar (OKT) masih boleh membuat rayuan dan untuk pertimbangan. Walaubagaiamanpun semasa soalan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, saksi ini mengesahkan bahawa OKT tiada membuat sebarang rayuan selepas surat tersebut dikeluarkan.
[39] Sungguhpun begitu semasa pemeriksaan balas saksi pendakwaaan kedua (SP2), Dr. Wan Adli bin Wan Ramli, isu mengenai tesis OKT telah dikemukakan iaitu Implikasi Tauhid dalam Pentadbiran Negara dan penyelia yang berkaitan adalah Dr. Mahmood bin Ahmad. Adalah didapati juga bahawa isu ini dinyatakan semasa OKT memberikan keterangan pembelaannya.
Keterangan (DW1) - pemeriksaan utama
Q:Habis Semester 2 kamu buat apa?
A:Saya perlu untuk mendaftarkan diri dan mendaftar tajuk tesis serta mendapatkan Penyelia untuk diri saya dan kemudian buat proposal
Q:Adakah perlu untuk mengemukakan tajuk tesis semasa mendaftar semester?
A:Ya perlu
Q:Apa tindakan kamu?
A:Saya telah menemui Dr. Mahmood untuk berbincang mengenai tajuk tesis dan isi kandungannya yang perlu saya buat dan juga meminta beliau menjadia penyelia bagi tesis saya
Q:Kamu ada cadangan tesis pada masa itu?
A:Cadangan tesis saya pada ketika itu adalah Implikasi Tauhid dalam Pentadbiran Negara
Q:Kamu ada terima surat dari Universiti Malaya?
A:Kerana saya terlupa untuk mendaftar diri, saya telah menerima surat penamatan pengajian dari Universiti Malaya, namun pada masa yang sama saya masih percaya bahawa saya boleh buat rayuan balik untuk meneruskan pengajian tersebut.
Q:Apa tindakan kamu selepas itu?
A:Saya tidak buat apa-apa
Q:Kamu kerja selama 8 bulan, selepas itu buat apa?
A:Selepas itu saya balik kampong di dungun. Ketika itu saya ada sedikit masalah dan balik kampong. Masalah berkaitan dengan kerja
Q:Kamu buat apa dikampung?
A:Saya duduk dan untuk mencari pekerjaan dan masa itu menunggu masa yang sesuai untuk sambung kembali pelajaran saya
[40] Dalam meneliti isu yang berbangkit ini, timbul persoalan-persoalan didalam pemikiran saya:
- Benarkah OKT ini ingin menyambung pengajian Sarjana beliau?
- Betulkah OKT ingin menulis tesis bagi maksud pengajian Sarjananya?
Merujuk kepada keterangan (SP7), dan surat (P48), adalah didapati bahawa sungguhpun seseorang calon tersebut telah diluputkan bagi program Ijazah Tinggi, tetapi sekiranya beliau dapat memenuhi salah satu dari empat syarat-syarat atau status diperenggan 4 (P48), maka pelajar tersebut boleh meneruskan program Ijazah Tinggi tersebut. Saya penuh percaya syarat-syarat tersebut diketahui oleh OKT sebagaimana dalam keterangan yang diberikannya.
Persoalan (3):
Sekiranya OKT ingin meneruskan pengajian Sarjananya, adakah OKT memperbaharui pendaftaran pengajian bagi Semester Satu Sessi 2013/2014 atau pada bila-bila masa sehingga hari tangkapan??
[41] Dalam meneliti isu ini, setelah OKT diberikan surat (P48) tersebut, beliau menyatakan bahawa beliau terlupa untuk membuat pendaftaran pengajian dan tidak berbuat apa-apa walaupun beliau mengetahui bahawa tindakan tersebut adalah yang paling penting sebelum meneruskan pengajian Sarjananya. Dalam masa yang sama OKT mengemukakan alasan masalah kewangan yang membatasi tindakan beliau untuk memperbaharui pendaftaran pengajian. Apa yang sangat menarik adalah apabila OKT ini disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya seperti berikut:
Pemeriksaan Balas DPP (DW1)
Q:Kamu ada memberitahu mahu bunuh diri dan emak dan ayah kamu akan terancam sekiranya melaporkan kepada kerajaan?
A:Rasanya saya beritahu berbeza sedikit. Waktu tahun 2014 itu, saya memang menerima surat penamatan pengajian dan bukan kerana saya berhenti belajar. Malah pada semester pertama sessi 2013/2014, saya ada membayar yuran pengajian tetapi Cuma tidak pergi mendaftarkan diri
PUT:Tadi kamu kata tidak dapat daftar sebab tiada duit, sekarang ini kamu kata kamu dah bayar dan nak daftar?
A:Semester kedua sessi 2012/2013 semasa itu nak periksa dan kemudian saya risau kerana kos asrama terlalu mahal dan kemudian saya dapat tawaran kerja dan saya bekerja. Kemudian, pada semester kedua sessi 2013/2014 kawan saya ada bertanya kepada saya samada saya telah daftar atau tidak untuk semester ini. Pada waktu itu, tamat tempoh untuk daftar telah hampir tamat, kemudian saya minta bantuan kawan saya untuk transfer duit saya meminta dia membayar kerana saya tidak sempat ke Universiti Malaya.
[42] Dalam meneliti keterangan-keterangan yang diberikan oleh OKT, saya mendapati OKT tidak konsisten dalam keterangan bersumpahnya. Saya mendapati bahawa OKT ingin menyakinkan mahkamah ini bahawa beliau sememangnya ingin belajar lagi. Sungguhpun begitu, cerita mengenai OKT hendak belajar lagi tiada pernah disoal dan ditimbulkan semasa saksi-saksi memberikan keterangan. Dalam perkara ini saya suka menarik perhatian kepada kes: Wong Swee Chin v. PP [1980] 1 LNS 138; [1980] 1 MLRA 125; [1981] 1 MLJ 212 (FC):
"......A correct statement of law is that the failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony......on this point we need to only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony....."
Pada hemat saya, keterangan ini merupakan suatu perkara yang baru ditimbulkan dalam kes pembelaan dan justeru itu merupakan suatu keterangan yang terkemudian (afterthought testimony) dan sangat bahaya untuk saya menerimanya sebagai kes pembelaan Tertuduh.
Dalam menimbangkan keterangan yang terkemudian ini, saya merujuk kepada kes: PP v. Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086 SC; [1992] 1 MLRA 297; [1992] 2 MLJ 561 SC dimana Hakim Mahkamah Agung Edgar Joseph menyatakan begini:
".............The trial judge appreciated correct law when he held, as he did in fact hold, that the defence is entitled, through cross-examination of prosecution witnesses, to put its case at the earliest possible stage. Indeed, it behoves the defence to do so, for we need hardly say that if a defence is sprung in court for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock so that the prosecution is taken by surprise, the accused runs the risk of being criticized for having kept his defence 'up his sleeve', so to speak, and it being branded as a recent Invention...............".
[43] Persoalan mengenai pembelaan "a recent invention", bukan sahaja ianya merujuk kepada sesuatu yang tidak benar, tetapi ianya juga bukanlah suatu fakta dan yang pentingnya ianya bukanlah keterangan yang boleh diambil kira untuk pertimbangan. Ini juga dijelaskan dalam kes: Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154 CA; [2008] 2 MLRA 489; AEG Carapiet v. AY Derderian AIR [1961] Cal 359. Dalam kes yang kedua ini, mahkamah memutuskan bahawa:
"...............It is wrong to think that this is merely a technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives notice to the other side of the actual case that is going to be made when the turn of the party on whose behalf the cross-examination is being made comes to give and lead evidence by producing witnesses. It has been stated on high authority of the House of Lords that this much a counsel is bound to do when crossexamination that he must put to each of his opponent's witnesses in turn, so much of his own case as concerns that particular witness or in which that witness had any share."
Begitu juga dalam kes: Tan Kim Ho & Anor v. PP [2009] 3 CLJ 236FC, Mahkamah Persekutuan memutuskan di para 36 penghakimannya:
"................This is however not to say that there is any burden placed on the accused to disprove any guilt or to prove innocence. It is only assessing the credibility of a witnesses in this case the second appellant's credibility. In order to determine whether an accused was telling the truth, one of the considerations is whether he had indicated his defence during the prosecution's case..........................."
[44] Apa yang jelas adalah OKT tidak memperbaharui pendaftaranya pada bila-bila masa pun sehingga pada hari OKT ditangkap. Kalaulah benar OKT ini berhasrat untuk menyambung pengajian Sarjananya, beliau mempunyai tempoh masa selama dua tahun mulai dari tarikh surat (P48) pada 23 Januari 2014 sehingga tarikh ditangkap polis pada 22 Mac 2016, MENGAPAKAH OKT TIDAK BERTINDAK UNTUK MEMPASTIKAN DIRINYA DAPAT MENERUSKAN PENGAJIAN SARJANA?? Pada hemat saya, sekiranya betul cerita OKT ini, apakah nilai keterangannya semasa pemeriksaan semula, OKT menyatakan bahawa beliau telah meminta kawannya tolong bayarkan tetapi tidak pernah menyemak. OKT melaungkan hasratnya hendak sambung belajar lagi tetapi tidak semak samada kawannya telah membuat pembayaran bagi maksud memperbaharui pendafataran pelajarannya. Pada hemat saya, apakah nilai keterangan ini yang sangat "highly improbable", dalam keadaan OKT yang menghadapi masalah kewangan dan telah membuat pembayaran melalui kawannya (dikatakan begitu), tetapi masih tidak menyemak samada kawannya itu telah membuat pembayaran dan memperbaharui pendaftaran pengajiannnya?? Sekiranya begitu, pada hemat saya keterangan saksi (SP7) adalah amat menyakinkan mahkamah ini bahawa OKT tiada pernah pada bila-bila masa membuat sebarang rayuan untuk diterima meneruskan pembelajarannya di peringkat Sarjana. Justeru itu pada hemat saya, saya ingin menegaskan bahawa semenjak dari OKT menerima surat notis (P48) bertarikh 23 Januari 2014 sehingga pada hari penangkapannya pada 22 March 2016, OKT sememangnya tiada hasrat untuk menyambung palajarannya di peringkat Sarjana. Cerita OKT yang melaung-laungkan bahawa beliau ingin meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana hanyalah impian beliau ibarat suatu Mimpi disiang hari.
Persoalan (4):
Sekiranya OKT ingin meneruskan pengajian Sarjannya, adakah OKT telah menyerahkan kertas projek/ laporan penyelidikan/ disertasi/ tesis untuk pemeriksaan??
[45] Sungguhpun begitu, sekiranya dikatakan bahawa OKT tidak membuat pembayaran yuran pengajian ataupun memperbaharui pendaftaran, OKT masih berpeluang untuk meneruskan pengajian dan tidak boleh diluputkan pencalonan Ijazah Tinggi, sekirannya memenuhi syarat 4(c) surat (P48) iaitu beliau perlu untuk menghantar proposal dan mendaftar tajuk tesis.
Keterangan (DW1) - Pemeriksaan Utama
Q:Habis Semester 2 kamu buat apa?
A:Saya perlu untuk mendaftarkan diri dan mendaftar tajuk tesis serta mendapatkan Penyelia untuk diri saya dan kemudian buat proposal
Q:Adakah perlu untuk mengemukakan tajuk tesis semasa mendaftar semester?
A:Ya perlu
Keterangan pemeriksaan utama (SP7)
Q:Bagi proses pengajian secara Disertasi, adakah perlu penyelia?
A:Ya, perlu melantik penyelia untuk selesaikan program Disertasi
Q:Bila seseorang penyelia dilantik?
A:Apabila calon membuat proposal, bagi Fakulti Pengajian Islam, pihak Fakulti akan melantik penyelia. Sepatutnya sebelum semester kedua bermula
Q:Adakah penyelia dilantik untuk OKT?
A:Tidak dilantik
Q:Mengapa tidak lantik?
A:Calon tidak mendaftar dan tidak mengemukakan sebarang proposal.
Q:Adakah semak proposal?
A:Saya ada bertanya kepada pihak university. Dalam rekod system tidak ada nama penyelia dalam kes kini.
[46] OKT dalam keterangannya ternyata bersungguh-sungguh memberitahu bahawa beliau akan mengemukakan tesis bertajuk Implikasi Tauhid dalam Pentadbiran Negara. Kesungguhan ini terpancar apabila Pemeriksaan Balas Lanjutan oleh peguam, En Kamaruzaman terhadap saksi (SP2):
Pemeriksaan Balas Lanjutan (Peguam En. Kamaruzaman)
Q:Arahan saya, bahawa Siti Aisyah sedang dan telahpun menghantar cadangan tajuk tesisnya kepada pihak Universiti Malaya?
A:Saya tidak Tahu
Q:OKT telah meminta Dr. Mahmood untuk menjadi penyelia bagi kajiannya?
A:Saya tidak tahu dan saya juga tidak tahu samada Dr. Mahmood ada
[47] Dalam menilai kesungguhan ini, seperti yang dinyatakan oleh peguam bahawa OKT telah mengemukakan dan menghantar tajuk tesis kepada pihak Universiti Malaya. Tetapi dalam keterangan (SP7) tiada satupun mengenai perkara ini ditekankan oleh pihak peguam. Malahan saksi (SP7) mengesahkan bahawa OKT tiada pernah pada bila-bila masa mengemukakan proposal mengenai cadangan tajuk tesisnya kepada pihak Universiti Malaya mahupun kepada Fakulti. Dalam kes pembelaaan, saya mencari-cari jawapan kepada persoalan ini. Sekiranya benar cerita ini, saya penuh percaya OKT akan menegaskan dalam keterangannya bahawa SAYA TELAH MENGEMUKAKAN PROPOSAL CADANGAN TAJUK TESIS KEPADA PIHAK UNIVERSITI. Setelah beberapa kali mendengar keterangan OKT, saya tiada menemui satu jawapan pun daripada keterangan OKT mengenai perkara ini. Saya tiada menemui sebarang jawapan daripada keterangan OKT bahawa beliau telah menghantar proposal dan cadangan tesisnya. Pada hemat saya sekiranya proposal dan cadangan tajuk tesis ini tidak dikemukakan kepada pihak Universiti oleh OKT, maka adalah suatu justifikasi surat (P48) diberikan kepada OKT untuk melucutkan pengajian Sarjananya. Apalah ertinya OKT bersungguh-sungguh dan melaung-laungkan slogan beliau menulis tesisnya dan berbincang dengan Dr. Mahmood dan dalam masa yang sama beliau mengetahui bahawa beliau perlu untuk mengemukakan proposal cadangan tajuk tesis kepada pihak Universiti untuk tujuan pemeriksaan, tetapi tidak bersungguh-sungguh mengambil tindakan tersebut. Sekiranya OKT tidak membuat pembayaran yuran pengajian, sekiranya OKT juga tidak membaharui pendaftaran pengajiannnya dan sekiranya OKT juga tidak mengemukakan proposal cadangan tajuk tesisnya kepada pihak Universiti, mahkamah ini tidak dapat mengandaikan apa-apa selain dan melainkan untuk menegaskan bahawa OKT sebenarnya tiada membuat persiapan untuk menulis tesisnya. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa cerita OKT yang melaung-laungkan bahawa beliau ingin menulis tesis pengajiannya di peringkat Sarjana hanyalah ibarat satu FANTASI.
ISU PEMBELAAN KETIGA
Benarkah OKT ingin ke Syria untuk Misi Kemanusiaan - NGO Malaysia Life Line for Syria atau sebaliknya??
Apakah kaitannya dengan Laporan Polis (P54)??
[48] Persoalan mengenai tindakan OKT ingin pergi ke Syria bagi Misi Kemanusiaan - NGO Malaysia Life Line for Syria timbul berikutan persoalan balas (DW1) yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Lanjutan daripada ini juga Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan Laporan Polis, Dungun Report No. 1492/14 (P54) sebagai ekshibit walaupun dibantah oleh pihak peguam. Alasan Timbalan Pendakwa Raya adalah seperti berikut:
"..DPP: Saya hendak kemukakakan satu laporan polis, Dungun Report 1492/14 kepada saksi ini. Tujuan untuk saya mengemukakan adalah memandangkan beliau telah mengemukakan satu keterangan karakter menurut Seksyen 54(1) Akta Keterangan yang menunjukkan bahawa beliau tiada pengetahuan mengenai isu-isu jihad dan seolah-olah buku-buku yang dimiliki oleh beliau adalah untuk pengajian. Tujuan kami kemukakan laporan polis ini adalah untuk mematahkan keterangan saksi bahawa beliau tidak mengetahui fakta bahawa beliau berniat untuk pergi berjihad ke Syria dan mengemukakan watak baiknya seolah-olah dia tiada pengetahuan mengenai buku-buku yang dimilikinya. Saya memohon untuk dibenarkan mengemukakan laporan polis tersebut........"
Disebalik hujahan Timbalan Pendakwa Raya, pihak peguam menghujah balas bantahan apabila menyatakan:
"...Peguam: Kami bantah kerana pertamanya, report ini sekiranya hendak dikemukakan, perlulah dikemukakan diperingkat pendakwaan lagi memandangkan pendakwaan telahpun mengetahui defence OKT pada awal lagi...........
..keduanya, ini adalah kenyataan polis orang lain, sekiranya report polis hendak dikemukakan perlu untuk memanggil saksi, the maker must be called. Oleh itu persoalan ini tidak relevan. It is not the subject of the charge............
Kalau dihujahkan untuk membawa keterangan bad character, evidence of good character must be established....
........keempat, report ini tiada pernah dibekalkan oleh pihak DPP kepada peguam menurut Seksyen 51A CPC. Justeru itu, mahkamah sepatutnya menolak pengemukaan report polis ini kerana irrelevant evidence
Semasa membuat hujahan balas peguam, Timbalan Pendakwa Raya menyatakan bahawa sekiranya beliau mengemukakan report ini ianya akan terjumlah kepada bad character. Disebabkan itu laporan ini dikemukakan diperingkat ini untuk mematahkan keterangan OKT yang tidak menyedari buku-buku tersebut.
[49] Sebelum mahkamah ini mengkaji keperluan Timbalan Pendakwa Raya memohon untuk mengemukakan Laporan Polis (P54) di peringkat kes pembelaan, adalah perlu untuk mengetahui dan melihat apa laporan polis tersebut. Laporan Polis, Dungun Report No. 001492/14 bertarikh 18 Februari 2014 (P54) berbunyi seperti begini:
"Pengadu menyatakan:-
Pada 29/1/2014 jam lebih kurang 9.00 malam anak saya Ahmad Anwari bin Atam semasa berada dirumah alamat seperti diatas, telah melayari Facebook dan dapati akaknya nama Siti Noor Aishah binti Atam No. KP: 870727-11-5386 telah terlibat dalam satu ajaran sesat iaitu Khalid Al-Walid. Sekarang ini Siti Noor Aishah telah berhenti belajar di Universiti Malaya dan berhenti kerja sebagai Guru di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Km 35, Jalan Seremban Tampin 71350 Kota Negeri Sembilan. Siti Noor Aishah pernah beritahu kepada saya mahu pergi Ke Syria untuk berjihad. Dia juga berkata mahu membunuh diri dan Mak Ayah akan menjadi kes polis, jika undur dari kumpulan tersebut nyawa Mak Ayah akan terancam dan jangan lapor perkara ini pada pihak Kerajaan. Sekiranya lapor nyawa Mak Ayah akan terancam dan dia akan mengambil tindakan lebih drastic lagi. Muamar Gadafie (0111-4738232) telah mengajaknya melarikan diri ke Thailand. Tujuan saya buat laporan ini untuk keselamatan saya dan keluarga dikemudian hari.
Persoalan (5):
Adakah pengemukaan Laporan Polis (P54) dan (P55a) dan soalan berkaitan dengannya Wajar dan DiBenarkan??
[50] Menurut Timbalan Pendakwa Raya, alasan utamanya mengemukakan kedua-dua dokumen tersebut berikutan pihak peguam mengemukakan watak baik OKT. Justeru itu, sebagai membalas isu ini, Timbalan Pendakwa Raya ingin menunjukkan watak buruk OKT yang sebenarnya. Sungguhpun demikian pihak peguam telah membuat bantahan diatas alasan bahawa pembelaan tiada pada bila-bila masa membawa sebarang keterangan yang berupa reputasi baik OKT. Keterangan yang dibawa oleh pihak peguam hanyalah setakat OKT membeli buku-buku tersebut untuk tujuan kajiannya dan beliau tidak mengetahui bahawa buku-buku tersebut boleh dikaitkan dengan keganasan. Dalam masa yang sama juga pihak peguam menyatakan bahawa sekiranya pihak pendakwaan ingin mengemukakan laporan polis tersebut, ianya haruslah dikemukakan semasa kes diperingkat pendakwaaan lagi dan bukan dalam kes pembelaan. Tambahan pula pihak Timbalan Pendakwa Raya tidak pernah memberikan sesalinan laporan polis tersebut sebelum perbicaraan bermula menurut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah. Setelah mendengar segala penghujahan pihak-pihak peguam dan Timbalan Pendakwa Raya, saya telah memberikan kebenaran kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan kedua-dua dokumen tersebut dan meneruskan soalan pemeriksaan balas terhadap OKT mengenai perkara ini. Dalam isu ini, saya mendapati permohonan Timbalan Pendakwa Raya adalah relevan menurut peruntukan Seksyen 146 Akta Keterangan dan membenarkan dikemukakan laporan polis tersebut sebagai ekshibit untuk pemeriksaan balas OKT selanjutnya.
Section 146 Questions lawful in cross examination
When a witness may be cross-examined he may, in addition to the questions which tend -
(a) To test his accuracy, veracity or credibility;
(b) To discover who he is and what is his position in life; or
(c) To shake his credit bu injuring his character, although the answer to such questions might tend directly or indirectly to criminate him, or might expose or tend directly or indirectly to expose him to a penalty or forfeiture
[51] Merujuk kepada kes: Lim Baba v. Public Prosecutor [1962] 1 LNS 84; [1962] 1 MLRH 526; [1962] 28 MLJ 201, Ismail Khan H (pada ketika itu) memutuskan:
"...........as a general proposition it can be said that the character of a complainant is immaterial in criminal cases. This statement is subject to the qualification that in cases of rape or attempted rape cross examination of the complainant is permitted to show that she is generally of immoral character. Again under Section 146 Evidence Ordinance a witness may be cross-examined as to credit by injuring his character. Questions could be put relating to facts in order to determine whether or not the facts in issue existed. If they are put to shake the credit of a witness the Court has complete dominion over them and may forbid question eventhough they have some bearing on the question before the Court. But if they relate to facts in issue or to matters necessary to be known in order to determine whether or not the facts in issue existed, the Court has no discretion to forbid such questions though they may be indecent or scandalous. (see Mahomed Mian v. Emperor). In Privy Council case Bombay Cotton Manufacturing Company v. Motilal Shivlal, it was observed by Sir George Farwell, in speaking of cross-examination addressed to the credit of a witnessin the box, that "it is most relevant in a case where everything depends on the judges's belief or disbelief in the witness's story..................."
[52] Begitu juga dalam kes: Sharma Kumari a/p Oam Prakash v. Public Prosecutor [2000] 1 LNS 123; [2000] 5 MLRH 48; [2000] 6 MLJ 282, Abdul Wahab H menyatakan:
".........the words of Section 54 and 146 are clear. Bad character evidence per se is not relevant, but the section makes it clear that the bar can have exceptions. Section 146 specifically provides that questions may be put to test his accuracy, veracity or credibility. It widened the area of exceptions. The following illustration will clarify the issue. Evidence that a person murdered someone is always capable of being interpreted as evidence of bad character. But if he is charged with murder, evidence that he did murder the victim as charged is relevant and always admissible. Evidence that he had murdered another person might well be barred, although there are exceptions. If all evidence of a criminal act is barred as evidence of bad character, no crime could be proven. Such an interpretation is a gross misinterpretation of the law...........
In this case photographs of the appellant dancing closely with the one Dato' Abdullah Hishan and of travelling together with him were relevant evidence and therefore admissible to disprove the assertion by the appellant that at the relevant time the appellant was being harassed and intimidated by the said person. Such evidence was in effect made relevant by the appellant when she made those assertions as a central part of her defence..................
................even if the questions relate to matters that are indecent or scandalous because she is a married woman at the time, the questions were clearly not intended simply to insult or annoy, but clearly relate to facts or matters necessary to be known and which the court has the discretion to admit in evidence........
The grounds refers to strenuous objections by counsel. Ehile it is common to describe objections as strenuous or strong, it must be remembered that it is the merit of the objection that determines the ruling. The fierceness or volume of objection cannot clothe the objection with any additional authority other than its own merit.
Melalui Nota Keterangan sebelum permohonan dibuat, Timbalan Pendakwa Raya ada mengemukakan persoalan berikut:
Q:Setuju, saya katakana bahawa ayah kamu ada pernah membuat laporan polis pada 18/2/2014 lebih kurang 10 malam yang menyatakan bahawa kamu memberitahunya kamu hendak ke Syria?
A:Saya tidak setuju
Sejurus sebelum soalan ini, Timbalan Pendakwa Raya sekali lagi mengusulkan persoalan yang sama.
Q:Setuju, saya katakan, pada Januari 2014, kamu pernah memberitahu ayah bahawa kamu hendak pergi ke Syria?
A:Ya, pada waktu itu saya hendak menyertai NGO - Malaysia Life Line for Syria tetapi saya tidak mendapat keizinan dari family
Q:Saya cadangkan kepada kamu bahawa kamu hendak pergi ke Syria bukan untuk misi keamanan tetapi untuk berjihad. Itu yang kamu beritahu kepada ayah kamu?
A:Saya tidak setuju
[53] Meneliti kepada jawapan-jawapan yang diberikan oleh OKT, adalah diperhatikan bahawa pada permulannnya OKT bersetuju bahawa beliau ada memberitahu ayahnya untuk pergi ke Syria. Kemudiannya beliau menafikan perkara ini. OKT mengemukakan alasan yang baru untuk pergi ke Syria atas misi keamanan. Pada hemat saya perubahan-perubahan ini adalah perlu untuk Timbalan Pendakwa raya menguji kebolehpercayaan dan kredibiliti OKT sendiri. Sungguhpun begitu, jawapan kepada soalan yang dikemukakan kepada OKT semuanya terkandung dalam laporan polis tersebut. Justeru itu demi keadilan kepada pihak-pihak, saya berkewajiban untuk membenarkan pemeriksaan balas lanjutan Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan kepada laporan polis tersebut sebagai ekshibit pihak pendakwaan.
Persoalan (6):
Sekiranya begitu, bolehkah Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan "Rebuttal Evidence" dalam kes Pembelaan??
[54] Dalam menentukan status mengenai undang-undang pemakaian "Rebuttal Evidence", persoalan yang sering berlaku adalah: Samada pihak pendakwaaan boleh mengemukakan keterangan tersebut di pringkat kes pembelaan?? Pihak peguam menghujahkan bahawa perkara ini tidak seharusnya dibenarkan kerana ianya jelas menunjukkan pihak pendakwaaan akan "splitting its own case". Dalam perihal ini, saya merujuk kepada kes: Public Prosecutor v. Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649; [2000] 1 MLRH 764; [2000] 6 MLJ 705 di mukasurat 731, Augustine Paul menyatakan:
".............As the prosecution has failed to negate the suggestions made by the defence in the course of its case it may still rebut the defence advanced by cross-examination of the accused and his witnesses and/or, if possible, by calling Yee Chin Koon as a witness or tendering his police statement in evidence by re-opening its case at the end of the case for the defence. In seeking to adduce such rebuttal evidence the prosecution will be confronted with a problem as the general rule is that the prosecution must present its primary case completely before closing its case. This will include negating the case for the defence as suggested to its witnesses in cross-examination. A failure to observe this rule will result in the prosecution being precluded from adducing evidence in rebuttal on the ground that it would amount to the prosecution splitting its case. However, there is a discretion to allow evidence in rebuttal in very special or exceptional circumstances (see Shaw v. The Queen [1952] 85 CLR 365). This was lucidly explained by Wells J in R v. Killick [1980] 24 SASR 137 at pp 152-154:
The topic of rebuttal evidence rarely comes up for review in the Court of Criminal Appeal and it may be useful, as part of my reasons for judgment, if I attempt to formulate the propositions, in relation to that topic, that now appear to me to be sustainable.
(1) Speaking generally, the prosecution must present completely the evidence that supports the incriminating circumstances upon which it relies to constitute its primary case. A failure to observe this rule is likely to result in the prosecution's being forbidden to introduce further evidence after the accused has presented his defences upon the ground that the prosecution would be splitting its case.
(2) Clear exceptions to the general rule are recognized where by law, in the special circumstances of the case, the onus of proof rests upon the defence. In such cases, the prosecution may, after the special defence is concluded, adduce evidence directed to the task of rebutting that defence.
(3) The trial judge possesses a power, which is exercisable having regard to all the circumstances of the case, to allow rebuttal evidence, but the power will not generally be exercised in favour of allowing rebuttal evidence unless those circumstances are 'very special or exceptional' (Shaw's case [1952] 85 CLR 365 at p 380). The judicial power is usually described as a discretion, but I prefer to describe it as a power coupled with a duty to make an evaluation of what is, viewed in the context of the trial, the initial Crown case, and to decide whether the Crown is attempting to improve on something it has already begun, or whether it is seeking to refute something that can reasonably be characterized as fresh material contained in the defence case.
(4) A practical consequence of the foregoing rules is that, to the extent that the accused, in the course of an interview with law enforcement officers (undertaken by them as part of the investigations that led to the charges faced by him), or in the course of a statement made upon his committal for trial, foreshadowed the defence that he subsequently put forward, the Crown should, speaking generally, as part of its primary case, adduce such evidence as is reasonably available to them to refute the defence so foreshadowed. The Crown would not be expected to go beyond the limits set by the Privy Council in Noor Mohammad v. The King [1949] AC 182 at p 191.
The rationale for what, I apprehend, is a well-settled practice is that the interview, assuming that evidence of it is to be led, and the statement on committal, which is admissible according to s. 110 of the Justices Act, 1921-1979, are so closely integrated with the prosecution case that they are fit to be included in the same general category as other incriminating circumstances that are relied on by the Crown and supported by evidence and argument. Even here, however, there may be room for the trial judge to exercise his judgment, for the alibi or other special defence may, when first revealed, lack particularity, and if that particularity is furnished only at the trial, and not on either of the other two occasions, the Crown are not expected to exhibit powers of imagination and invention, and attribute to the accused a defence which has not yet really been disclosed. (Compare the particularly trenchant comment of Phillimore J in R v. Froggatt [1910] 4 Cr App Rep 115 at p 118, arguendo).
(5) Another kind of case where rebuttal evidence is likely to be appropriate, and which is encountered far too often in practice, is to be found where one side has failed to comply with the rule of practice and common fairness usually identified by the description 'the rule in Browne v. Dunn [1893] 6 R 67 (HL)'. In such a case, it will emerge that one side has failed to put part of its case to a witness, called by the other side, who is concerned with that part, and has then led evidence from its own witness or witnesses as to the matters not put. When this occurs, the party whose witness has been thus wronged usually has the clear right to recall that witness in order to enable him to deal specifically with the matters not previously put to him.
(6) Where the prosecution is, or reasonably appears to be, relying, in its primary case, upon a particular incriminating circumstance, though the evidence supporting it is weak, and the answer made by the accused changes the structure of proof of that circumstance so that, if permitted, the prosecution could lead further evidence that would, in the changed circumstances, greatly strengthen that proof, it is to be expected that an application to call that further evidence would be refused.
(7) The distinction is, however, clear and fundamental between the sort of case described in para 6 above (which is derived from the particular facts in Shaw's case [1952] 85 CLR 365) and the sort of case discussed by James J in Reg v. Levy and Tait [1966] 50 Cr App Rep 198 where evidence, at the stage in the trial when the primary prosecution case is in proof, is known to the prosecution, but is of minimal, doubtful, or marginal value. If, in the latter sort of case, after the defence has been presented, the same evidence appears to be of clear probative force, the evidence may well be allowed to be led in rebuttal. It is a question of fact and degree in each case.
(8) The foregoing propositions do not purport to be exhaustive; they are intended to be no more than a summary of some of the more frequently encountered applications of the general rule, which is based upon broad considerations of fairness.
[55] Meneliti kepada otoriti yang dinyatakan ini, adalah jelas kepada mahkamah ini, bahawa suatu "Rebuttal Evidence" boleh dibawa masuk diperingkat kes pembelaan, namun ianya hanya boleh dibuat dalam keadaan "special and exceptional circumstances" yang mana pihak pendakwaan telah dikejutkan dengan pembelaan yang baru ataupun pembelaan tersebut adalah suatu pembelaan khas didalam undang-undang dimana pihak pembelaan dibebankan dengan beban pembuktian untuk membuktikan pembelaannya. Dalam keadaan yang sedemikian, seperti dinyatakan dalam perenggan (3) kes diatas, adalah menjadi tugas saya untuk menentukan samada tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu suatu percubaaan untuk mengukuhkan lagi kes yang dinyatakan ataupun untuk menyangkal apa-apa keterangan yang baru ditimbulkan dalam kes pembelaan. Dalam keadaan sedemikian, saya ingin memetik semula persoalan Timbalan Pendakwa Raya semasa pemeriksaan balas OKT seperti begini:
Q:Setuju, saya katakan, pada Januari 2014, kamu pernah memberitahu ayah bahawa kamu hendak pergi ke Syria?
A:Ya, pada waktu itu saya hendak menyertai NGO - Malaysia Life Line for Syria tetapi saya tidak mendapat keizinan dari family
Q:Saya cadangkan kepada kamu bahawa kamu hendak pergi ke Syria bukan untuk misi keamanan tetapi untuk berjihad. Itu yang kamu beritahu kepada ayah kamu?
A:Saya tidak setuju
[56] Adalah jelas kepada pihak-pihak bahawa buku-buku yang dirampas oleh pihak polis adalah sangat berkaitan dengan kegiatan pengganas yang dilabelkan sebagai "Jihad". Justeru itu aktiviti kegiatan pengganas adalah sangat bercanggahan dengan peruntukan undang-undang dan merupakan suatu kesalahan. Dalam masa yang sama, OKT mengemukakan sesuatu pembelaaan atas dasar misi kemanusiaan iaitu NGO - Malaysia Life Line for Syria. Pada hemat saya misi kemanusiaan ini dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaaan atas dasar kerelaaan untuk membantu rakyat Syria dari dibelenggu dengan keganasan. Dalam erti kata lain ianya merupakan suatu tindakan kebajikan atas dasar kemanusiaan. Dalam keadaan yang sedemikian, tindakan tersebut tiada bersalahan dengan peruntukan undang-undang dan dibenarkan oleh pihak Kerajaan. Ianya merupakan suatu tindakan yang sangat murni dan mendapat keredhaan serta dipandang tinggi dalam kedudukan masyarakat masa kini. Disepanjang kes pendakwaaan saya tiada mendapati isu ini ditimbulkan oleh mana-mana pihak samada pihak pendakwaaan mahupun peguam. Dalam keadaan yang sedemikian, pada hemat saya pembelaan yang dikemukakan oleh OKT adalah sangat khusus dan perlulah dikenal pasti. Justeru itu saya mendapati bahawa perkara ini bukanlah sesuatu tindakan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengukuhkan lagi kes pendakwaaan tetapi ianya merupakan suatu tindakan untuk menyangkal keadaan yang khas yang ditimbulkan dalam kes pembelaan. Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa keadaan-keadaan ini memberikan suatu Justifikasi kepada saya untuk menggunakan budibicara bagi membenarkan "Rebuttal Evidence" dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam kes Pembelaan ini.
Persoalan (7):
Kalaulah dibenarkan Timblan Pendakwa Raya untuk mengemukakan "Rebuttal Evidence", bolehkah dikemukakan dokumen laporan polis semasa perbicaraan dalam kes pembelaan?
[57] Dalam persoalan ini, pihak peguam sekali lagi mengemukakan bantahan bahawa sebarang penerimaan bukti diperingkat kes pembelaan adalah salah dan bertentangan degan peruntukan Seksyen 191 Kanun Prosedur Jenayah yang mana bukti tersebut seharusnya dikemukakan diperingkat kes pendakwaaan lagi. Namun pihak pendakwaan telah bertindak untuk menyembunyikannya sehinggalah kes pembelaan dipanggil. Bahkan dokumen-dokumen tersebut tidak pernah diserahkan kepada pihak pembelaan sehinggalah hari saksi pembelaan dipanggil.
Dalam memutuskan isu ini, saya merujuk kepada peruntukan Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah yang berbunyi:
51A Delivery of certain documents
(1) The prosecution shall before the commencement of the trial deliver to the accused the following documents:
(a) A copy of the information made under section 107 relating to the commission of the offence to which the accused is charged, if any;
(b) A copy of any document which would be tendered as part of the evidence for the prosecution; and
(c) A written statement of facts favourable to the defence of the accused signed under the hand of the Public Prosecutor or any person conducting the prosecution.
(2) Notwithstanding para (c), the prosecution may not supply any fact favourable to the accused if its supply would be contrary to public interest
(3) A document shall not be inadmissible in evidence merely because of non-compliance with subsection (1)
(4)....................
(5) Where a document is delivered to the accused after the commencement of the trial, the Court shall allow the accused -
(a) A reasonable time to examine the document; and
(b) To recall or resummons and examine any witness in relation to the document
[58] Pada peringkat awal, adalah menjadi kewajiban pihak pendakwaan untuk mengemukakan sesalinan dokumen-dokumen yang menjadi sebahagian keterangan pihak pendakwaan. Saya penuh percaya bahawa tindakan ini adalah bersesuaian untuk mengelakkan pembelaaan dikejutkan dengan sesuatu dokumen yang diluar jangkaaan yang mungkin boleh memprejudiskan kes pembelaan. Sungguhpun begitu, dalam sub-seksyen (3) ketidak patuhan tersebut tidak akan menjadikan sesuatu dokumen tersebut tidak boleh diterima sebagai keterangan dengan syarat pihak mahkamah telah memberikan masa yang munasabah kepada pihak tertuduh untuk mengkaji dokumen tersebut dan menyoal mana-mana saksi berkaitan dengannya. Diatas perkara-perkara ini, pada hemat saya Seksyen 51A(3) Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang Timbalan Pendakwa Raya daripada mengemukakan dokumen ekshibit dalam kes pembelaan. Keadaan ini bersesuaian dengan tindakan Timbalan Pendakwa Raya untuk mencabar kredibiliti OKT semasa mengemukakan pembelaan khasnya. Dalam keadaan ini, saya memberikan kebenaran untuk OKT menyoal mana-mana saksi berkaitan dengan perkara ini. Bagi mengesahkan ketulinan laporan polis (P54), pihak Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan Buku Report Polis (P55a) dan laporan asal yang ditandatangani oleh pengadu (P55b). Bagi mengesahkan tindakan yang diambil, Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan seorang "saksi rebuttal" dan perharian balai no. 3008 (P56b)
Penghakiman Akhir
[59] Dalam meneliti kes Pembelaan, saya telah mengambil panduan daripada penghakiman Mohamad Azmi, Hakim Mahkamah Persekutuan (pada ketika itu) dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169 yang seringkali berpesan:
"..................sungguhpun seseorang Hakim itu tidak menerima atau mempercayai huraian orang yang tertuduh, orang tertuduh itu tidak boleh disabitkan sehingga mahkamah ini berpuashati atas sebab-sebab yang mencukupi bahawa huraian yang diberikan itu tidak membangkitkan Keraguan Yang Munasabah terhadap kes Pendakwaan......."
[60] Dalam menyampaikan Keputusan, mahkamah ini ingin merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes D.A. Duncan v. PP [1980] 1 LNS 12; [1980] 1 MLRA 55; [1980] 2 MLJ 195, pada perenggan D menyatakan;
"The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasnonable doubt on the prosecution case against the appellant".
[61] Begitu juga dalam kes PP v. Ling Tee Huah [1980] 1 LNS 212; [1980] 1 MLRA 416; [1982] 2 MLJ 324 di muka surat 326,
"A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient".
[62] Tahap pembuktian pihak-pihak juga telah dibincangkan dan dijelaskan dalam ks-kes tersebut dan diambil perhatian pada membuat pertimbangan keseluruhan kes ini. Gambaran keseluruhannya yang dilihat diakhir kes adalah Tertuduh sememangnya mempunyai pemilikan buku-buku tersebut yang mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas. Cerita dan kerisauan bapa OKT tentang keselamatan keluarganya menyebabkan laporan polis (P54) dibuat. Dalam mengadili perbicaraan kes ini, saya sentiasa mengingati diri dalam memberi amaran mengenai keterangan-keterangan OKT dan penerimaan laporan polis (P54). Sekiranya OKT benar-benar jujur dalam perjuangan untuk misi kemanusiaan dan keamanan, NGO - Malaysia Life Line For Syria, mahkamah ini ingin bertanya kepada OKT:
- Mengapakah sampai hendak bunuh diri jikapun hendak buat kebajikan tetapi tidak dibenarkan oleh keluarga untuk pergi ke Syria, bukankah DOA itu juga satu Jihad?
- Mengapakah OKT memberitahu emak dan ayahnya akan menjadi kes polis, apa tujuannnya?
- Mengapakah jika undur dari kumpulan ini nyawa emak dan ayahnya akan terancam. Kalaulah betul misi NGO itu, adakah betul tidak boleh undur dan hendak atau tidak, kena pergi juga ke Syria
- Kalaulah betul tugas NGO itu, apa tujuan OKT untuk berjumpa dengan Dr. Mahmood dan Muammar Gadafie yang terang2 menyokong pengganas dan didapati bersalah oleh mahkamah walaupun OKT mengetahui fakta ini sebelum beliau ditangkap??
Justeru itu, kesimpulan daripada persoalan-persoalan di atas pada hemat saya adalah sangat konsisten dengan hasrat OKT untuk pergi ke Syria yang kononnya untuk berjihad seperti yang dinyatakan di muka surat pertama buku "Meretas Jalan Jihad Fie Sabilillah (P11) seperti berikut:-
"Ya Allah...
Kepada siapa lagi harus ku mengadu akan
lemahnya diriku... Hanya Engkau sahaja Yang Maha
Pendengar lagi Maha Mengasihi.... Sesungguhnya
Aku tidak terdaya melainkan hanya dengan
Bantuan Mu Ya Allah....
Wahai Pemberi Rahmat.....percepatkanlah kematianku
Jika dunia masih melengahkan langkahku dari
Menyahut seruan Mu dan dari melaksanakan seluruh
Syariat - Mu....
Sebaliknya wahai pemberi rahmat.... panjangkanlah
Umurku jika aku diizinkan menjadi pembela agama-mu
Dan matikanlah aku dalam keadaan syahid di
Jalan-mu....
Ketahuilah duhai Penguasa seluruh alam.... bahawa
Aku amat merindui tanah yang Engkau berkati
Kerana disitulah syiar-mu bakal
Tertegak..."
Tambahan pula semua tindakan-tindakan OKT yang kononnya hendak pergi berjihad ke Syria adalah konsisten dengan laporan polis yang dibuat oleh ayahnya (P54).
[63] Saya tidak mempercayai alasan Tertuduh untuk memiliki buku-buku tersebut untuk tujuan pengajian Sarjananya dan memperolehi ilmu pengetahuan. Dalam keadaan yang sebenarnya saya mendapati bahawa OKT memiliki buku-buku tersebut bagi menimba ilmu pengetahuan mengenai pengganas dan berhasrat untuk menyokong perjuangan pengganas yang kononnya Jihad Fisabilillah yang pastinya tiada kebenaran. Ketahuilah kepada OKT dan rakan-rakan beliau yang lain bahawa perjuangan jihad yang dikatakan ini sebenarnya membuang masa dan sia-sia belaka. Perjuangan ini bukan sahaja dicemuh, malah dikutuk diserata dunia oleh masyarakat sejagat. Keterangan yang dikemukakan oleh Tertuduh didapati tidak munasabah dan membangkitkan apa-apa keraguan dalam kes Pendakwaan. DENGAN YANG DEMIKIAN, SAYA BERPUASHATI BAHAWA PEMBELAAN TERTUDUH ADALAH TIDAK MUNASABAH LANGSUNG DAN TIDAK MEMBANGKITKAN SEBARANG KERAGUAN YANG MUNASABAH DIATAS IMBANGAN KEBARANGAKALIAN. SEBALIKNYA SAYA BERPUASHATI BAHAWA PIHAK TIMBALAN PENDAKWA RAYA TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN KES INI MELAMPAUI KERAGUAN YANG MUNASABAH (BEYOND ALL REASONABLE DOUBT). ATAS ALASAN-ALASAN YANG SEDEMIKIAN, SAYA MENDAPATI TERTUDUH BERSALAH DAN DISABITKAN KESALAHAN MENURUT SEKSYEN 130JB (1)(a) KANUN KESEKSAAN.
HUKUMAN
[64] Dalam menentukan apakah bentuk Hukuman yang bersesuaian terhadap Tertuduh dalam menentukan Jenayah yang dibuat, Mahkamah ini serng merujuk kepada suatu prinsip yang dinyatakan secara jelas dalam kes: PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 seperti berikut:
"......sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles...."
[65] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes: R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 apabila menyatakan:
".........our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe....."
[66] Justeru itu, hukuman yang hendak dikenakan terhadap Tertuduh mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, "seriousness" kesalahan dan tahap penglibatan pesalah-pesalah itu sendiri. Prinsip ini diakui dalam kes: R v. Ipeelee [2012] 1 SCR 433:
"...proportionality...is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence....it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender....."
[67] Justeru itu, dalam menentukan suatu hukuman yang setimpal, adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor-faktor "aggravating factor" dan "mitigating factor" sebelum sesuatu hukuman tersebut dilupuskan. Konsep ini juga dinyatakan dalam kes: Yusmarin Samsuddin v. PP [1999] 4 CLJ 391, mahkamah menegaskan seperti berikut:
.......the principles of sentencing have long been entrenched and well settle in our criminal law jurisprudence and the court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following consideration:
1. The extent and seriousness of the offence committed;
2. The guilty person's antecedents and
3. The public interest.
[68] Mahkamah ini mengambil "judicial notice" bahawa kumpulan IS telah mula wujud selepas kejatuhan Saddam Hussein di Iraq dalam tahun 2003 dan bertambah besar dan berpengaruh selepas tentera Amerika Syarikat keluar dari Negara Iraq dalam tahun 2011. Malahan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menetapkan usul bahawa Kumpulan IS adalah sebuah kumpulan pengganas, dan ini berlaku jauh lebih awal daripada tarikh OKT ditangkap. Mahkamah ini juga mengesahkan bahawa kumpulan-kumpulan pengganas Islamic State, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah telah diwartakan sebagai Kumpulan Pengganas menurut Seksyen 66A dan 66D of the Anti-Money Laundering, Anti Terrorrism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act Act 2001 (AMLA) (Akta 613). Ekshibit-ekshibit tersebut adalah Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 93 bertarikh 7 April 2014 (P53) dan Warta Kerajaan Persekutuan P.U.(A) 301 bertarikh 12 November 2014 (P51).
[69]Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi kesalahan memiliki apa-apa jua item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas, hendaklah dihukum penjara tidak melebehi tujuh tahun dan item-item tersebut dilucuthakkan kepada kerajaan. Walaupun hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh tidak menetapkan tempoh hukuman pemenjaraan secara mandatory, namun memandangkan keseriusan kesalahan berkaitan dengan unsur keganasan, adalah wajar hukuman pemenjaraan dikenakan bagi memberikan tauladan kepada masyarakat umum supaya menjauhi kesalahan seumpama ini. Kepentingan awam hendaklah diberikan keutamaan dalam menghadapi kesalahan yang melibatkan keganasan dengan tanpa mengira keganasan tersebut berlaku di dalam Negara mahupun di luar Negara. Kepentingan awam hendaklah dalam keadaan kes ini sentiasa mengatasi kepentingan seseorang Tertuduh.
[70] Kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh amatlah menjijikkan dan masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan ini, lebih-lebih lagi kejadian yang malang ini berlaku oleh anak bangsa sendiri. Dalam kes: PP v. Abdul Halim Ishak & Ors [2013] 9 CLJ 559 dinyatakan seperti berikut:
..............denunciation, in the context of sentencing, is achived by the imposition of a sentence the severity of which makes a statement that the offence in question is not to be tolerated by society either in general or in a specific instance. The statement made may be directed at any combination of the public at large, victims, potential offenders and individual offenders. In part its aims are similar to that of deterrence, It has also been seen to be associated with retribution. (Law Reform Commission New South Wales)................."
[71] Mahkamah ini juga menitik beratkan suatu pindaan undang-undang Peruntukan berhubung kesalahan di bawah Kanun Keseksaan telah dimasukkan yang mana hukuman yang boleh dikenakan bagi sabitan ini telah dipinda melalui Akta A 1483/2015 untuk mencerminkan hukuman yang lebih berat di mana kesalahan berkaitan dengan gerakan militan dan keganasan. Ini dengan sekaligus mencerminkan betapa seriusnya kesalahan seperti ini. Di sini Mahkamah merujuk kepada kes Loo Choon Fatt v. PP [1976] 1 LNS 102; [1978] 2 MLJ 265 di mana YA Hashim Yeop A. Sani menjelaskan tujuan suatu pindaan undang-undang di buat, seperti berikut :
"...The amendment passed by Parliament..reflect the public policy. It must be presumed that behind the policy is the consideration of public interest. The change in the attitude of the legislature itself during the last three years reflects the seriousness of the problem."
[72] Dalam menentukan tempoh pemenjaraan yang bersesuaian terhadap tertuduh, Mahkamah ini telah mengambilkira fakta serta keadaan yang berlaku dalam kes ini serta faktor-faktor mitigasi yang memihak kepada tertuduh. Kesalahan yang telah dilakukan oleh Tertuduh adalah satu jenayah yang serius dan berat. Ianya secara tidak langsung menggerakkan naluri setiap masyarakat untuk menyokong gerakan militant dan pengganas. Tertuduh tidak menamatkan pembelajarannya di Universiti Malaya malah telah terpesong dalam ajaran agama yang menyebabkan tertuduh mudah terpengaruh dan berjuang ke jalan yang tiada kebenarannnya.
Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap OKT yang sepatutnya seorang siswazah Universiti menjadi kebanggaan ummah dan masyarakat tetapi sebaliknya melakukan perbuatan yang sangat sia-sia dan tidak berfaedah serta menyalahi peruntukan undang-undang. Apalah ertinya seorang siswazah yang mendapat pendidikan agama dibidang usuluddin tetapi mengambil tindakan yang membatasi akal rasional manusia dan sangat merugikan.
Atas alasan-alasan tersebut diatas, saya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun mulai dari tarikh tangkap terhadap tertuduh adalah memadai dan setimpal dengan jenayah yang telah dilakukan. Saya juga memerintahkan agar kesemua 12 buku-buku yang terlibat dilucuthakan kepada pihak kerajaan untuk dimusnahkan. Hukuman itu dirasakan adalah sesuai di dalam keadaan dan situasi kes terhadap tertuduh dalam kes ini. Mahkamah mengharapkan agar tertuduh mengambil iktibar dan sangat-sangat bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan. Mahkamah ini merasakan adalah adil, wajar dan saksama setelah mempertimbangkan segala sudut prinsip undang-undang yang berkaitan dan alasan-alasan yang telah dinyatakan diatas. Mahkamah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada DPP dan pihak-pihak terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam melupuskan kes ini.
Bertarikh: 26 APRIL 2017
(MOHAMAD SHARIFF HJ ABU SAMAH)
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Jenayah 4
Kuala Lumpur



Siti Noor Aishah Atam - victim of SOSMA, found Not Guilty by High Court, then re-detained under POCA?

Siti Noor Aishah Atam - Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi - Mahkamah Bebas Polis Tangkap Lagi Guna POCA??


Kes Siti Noor Aishah Atam amat penting, kerana biasanya semua mereka yang dikatakan kerajaan terlibat dengan 'terrorist' semuanya kemungkinan besar ditahan tanpa bicara - mengunakan POCA atau POTA - bermakna pihak kerajaan(polis atau pendakwaan) tak perlu membuktikan dakwaan mereka di Mahkamah - tahan sahaja tanpa bicara, dan mereka yang menjadi mangsa tidak juga boleh mencabar alasan mereka ditahan atau dihalang kebebasan di Mahkamah. Kita semua harus percaya bahawa semua yang 'kerajaan' kata adalah benar....Tetapi, dalam kes Siti Noor Aishah Atam, beliau dituduh di Mahkamah...dan beliau tidak mengaku salah(bila seseorang mengaku salah gitu saja, tak perlu Mahkamah menimbang bukti dan menentukan sama ada benar-benar bersalah atau tidak).

Di Mahkamah Tinggi, Mahkamah telah membebaskan Siti Noor Aishah Atam ...serta juga menolak permohonan pendakwaan untuk terus menaham beliau di bawah SOSMA sehingga tamat rayuan pendakwaan. Tetapi, selepas itu polis menangkap dan menahan Siti di bawah POCA...Adakah ini pengingkaran perintah Mahkamah? Saya percaya ianya pengingkaran perintah Mahkamah...

PEMBEBASAN Siti Noor Aishah Atam adalah sesuatu yang kerajaan UMNO-BN tidak boleh berlaku ...kerana ini akan membawa keraguan dikalangan rakyat Malaysia...

Di Mahkamah Rayuan, rayuan pendakwaan berjaya dan kes ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan Siti Noor Aishah terpaksa mengemukakan pembelaannya ...tetapi akhirnya Mahkamah mendapatinya bersalah, dan dia telah dihukum penjara selama __ tahun daripada tarikh ditahan...

Mengapa Mahkamah Tinggi mula-mula membebaskannya? Bacalah Alasan Penghakiman...

* Buku yang dimiliki bukan buku yang diharamkan oleh kerajaan...

Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan keatas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal pihak Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut. Tanpa tindakan tegas pihak Kementerian Dalam Negeri untuk membendung gejala ini, buku-buku tersebut masih lagi berleluasa dipasaran dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja samada untuk pembacaan umum ataupun sebab sebab yang lain. Pada fikiran mahkamah ini kegagalan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku-buku tersebut tidak sealiran dan tidak konsisten dengan menjadi pemilikan bukubuku tersebut suatu kesalahan menurut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.

Bila Mahkamah Rayuan mengembalikan kes ke Mahkamah Tinggi untuk diteruskan bicara, pihak pembelaan sahaja boleh panggil saksi mereka...

Dalam bicara jenayah, sidituduh ada 3 pilihan, naik kandang dan berikan keterangan sebagai saksi, memberikan kenyataan tanpa menjadi saksi atau berdiam diri. 

Biasanya, sidituduh akan tidak memilih jadi saksi - kerana ini memberikan peluang kepada pihak pendakwaan menyoal balas...dan ini adalah sangat bahaya. Setengah orang bila bercakap benar akan memberikan gambaran bahawa dia bohong, dan setengah orang bila berbohong pun akan memberi gambaran dia bercakap benar...Sidituduh biasanya dalam situasi prejudis, justeru terbaik (mengikut pendapat saya) tidak memilih jadi saksi...

Ingat pihak pembelaan boleh panggil saksi lain semasa kes pembelaan. Dalam kes Anwar Ibrahim pun, dia memilih dengan bijak tak manjadi saksi - dia memilih memberikan kenyataan sahaja...Bila menjadi saksi, pendakwa boleh menyoal balas apa saja ...justeru memberikan peluang kepada pendakwaan mengukuhkan kes lagi, dan memberikan gambaran negatif mengenai sidituduh...


'Tertuduh tahu 12 buku miliknya ada kaitan pengganas'

   
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa bekas pelajar sarjana sebuah universiti awam mengetahui kesemua 12 buah buku yang menjadi subjek dalam pertuduhannya yang digunakan untuk penyelidikan ketika dalam proses menyiapkan tesisnya mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh berhujah bahawa perayu iaitu Siti Noor Aishah Atam juga tidak menafikan tentang pemilikan kesemua 12 buah buku berkenaan.

Hujahnya tidak wujud kecacatan pada pertuduhan yang disabitkan terhadap Siti Noor Aishah, 30, sehingga menjejaskan pembelaannya, dan mahkamah perlu menilai sama ada pertuduhan yang disabitkan itu selamat atau tidak.

"Walaupun pihak pembelaan membangkitkan isu pertuduhan yang disabitkan terhadap perayu telah gagal dibuktikan, tetapi tiada sebarang keterangan yang baharu dikemukakan," hujahnya.

Beliau berhujah demikian pada kes rayuan pihak pembelaan berhubung sabitan dan hukuman terhadap Siti Noor Aishah yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas, pada 26 April lepas.

'Buku untuk tujuan kajian'

Selain itu Faizah selaku responden berhujah bahawa keterangan pembelaan yang diberikan oleh Siti Noor Aishah pada perbicaraan yang lepas juga gagal membuktikan keraguan munasabah pada kes pihak pendakwaan.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili perayu, berhujah bahawa pemilikan buku untuk tujuan pembelajaran dan ilmu adalah satu pemilikan yang tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan pengganas dan pertubuhan pengganas.

Beliau berhujah bahawa Siti Noor Aishah membeli kesemua buku itu dan disimpan untuk tujuan kajian dan menambah pengetahuannya kerana buku-buku tersebut relevan dengan tajuk tesisnya iaitu 'Implikasi Tauhid Dalam Pentadbiran Negara'.

"Kalau dilihat dari segi koleksi buku perayu, sememangnya perayu memiliki banyak buku genre dan pelbagai tajuk, adalah sukar baginya untuk tahu buku-buku itu boleh dikaitkan dengan pengganas," hujahnya.

Pihak pendakwaan dan pembelaan berhujah di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Tangguh keputusan

Mahkamah menangguhkan keputusan terhadap rayuan berkenaan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian bagi mengkaji beberapa isu perundangan berhubung kes tersebut.

Wanita itu yang pernah menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam jurusan Akidah dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya pada 2013, diperintah menjalani hukuman lima tahun penjara bermula tarikh tangkap dan dijangka dibebaskan pada 22 Julai 2019.

Pada 19 April 2016, Siti Noor Aishah, didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu, atas pertuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas dan pada 25 Julai tahun sama, wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan itu.

Wanita itu dituduh memiliki buku yang merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), IS dan Al Qaeda (AQ).

Dia yang kini ditahan di Penjara Kajang didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Pada 29 September 2016, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Siti Noor Aishah daripada pertuduhan berkenaan setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2017, Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan tertuduh.


 

 

Court told of Aishah’s handwritten note to join Syrian ‘jihad’

Adam Abu Bakar
 | April 18, 2017
The defence argues that three experts should determine if the books in her possession were indeed promoting terrorism.
VIDEO INSIDE
Siti-Noor-Aishah_law_isis_600
KUALA LUMPUR: The High Court today was told of a handwritten note in one of the books the police confiscated from Siti Noor Aishah Atam, in which she expressed a longing to join the war in Syria.

Deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P. Kunyalam raised the matter to cast doubt on a claim by Aishah, who is being charged over links with militant groups, that she was unaware of the books’ contents.

Mustaffa told the court that the note had been found in “Merentas Jalan Jihad Fisabilillah”, one of 12 books containing militant propaganda which were found in her possession.

“In fact, in a book titled ‘Merentas Jalan Jihad Fisabilillah’, there is a handwritten note by Aishah which stated the desire to join the jihad, and to go to Sham,” he said.

Sham is a general reference to modern-day Syria.

“Aishah wrote, ‘… I really miss the land of Sham which you have blessed, because that is where Islam will prevail’,” said Mustaffa.

He questioned Aishah’s defence that the books were meant to assist her Masters programme at Universiti Malaya (UM), saying checks with UM showed otherwise.

“There is no record of her continuing her studies at Universiti Malaya, and her thesis title was not even registered,” he said.

Mustaffa added that Aishah’s credibility was questionable as her own father, Atam Jusoh, had lodged a police report against her, out of fear that his daughter might be planning to join militants in Syria.
Judge Mohamad Shariff Abu Samah set May 2 for a decision on whether Aishah was guilty under Section 130JB of the Penal Code and the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma), for having in her possession 12 books promoting militant ideas.

Aishah’s counsel Mohd Kamaruzaman Abd Wahab earlier told the court that she was innocent and that the books were for research purposes.

“Aishah attended her classes and completed her first semester, but she couldn’t continue with the second semester as she didn’t have enough money. So she worked to pay for her studies.

He said as such, Aishah was not aware of the contents of the 12 books.

Kamaruzaman said the court would require three experts to determine if the books indeed promoted terrorism.

“The public out there, how do they know if these books are linked to terrorism or not?

“She must know that possessing the books are an offence, but in this case, she clearly didn’t,” said Kamaruzaman, adding that Aishah had not read all of the 12 books.

He further added that the books were not banned by the government and were available locally.
Aishah today appeared in the dock wearing a grey baju kurung.

The 29-year-old was first arrested in March last year, under Section 130JB of the Penal Code and Sosma.

A month later, she was charged in the Kuala Lumpur High Court. She pleaded not guilty, saying the books were for her master’s degree in Islamic Studies.

The High Court acquitted and released her, but on the same day, Aishah, the first of five siblings, was re-arrested under the Prevention of Crime Act 1959 (Poca) and detained for another 60 days.

Upon her release, she was placed under house arrest. Last month, she was again arrested under Sosma, and is currently detained at Kajang Prison

Court told of Aishah’s handwritten note to join Syrian ‘jihad’

 | April 18, 2017
The defence argues that three experts should determine if the books in her possession were indeed promoting terrorism.

Siti-Noor-Aishah_law_isis_600

KUALA LUMPUR: The High Court today was told of a handwritten note in one of the books the police confiscated from Siti Noor Aishah Atam, in which she expressed a longing to join the war in Syria.

Deputy public prosecutor Mohamad Mustaffa P. Kunyalam raised the matter to cast doubt on a claim by Aishah, who is being charged over links with militant groups, that she was unaware of the books’ contents.
Mustaffa told the court that the note had been found in “Merentas Jalan Jihad Fisabilillah”, one of 12 books containing militant propaganda which were found in her possession.

“In fact, in a book titled ‘Merentas Jalan Jihad Fisabilillah’, there is a handwritten note by Aishah which stated the desire to join the jihad, and to go to Sham,” he said.

Sham is a general reference to modern-day Syria.

“Aishah wrote, ‘… I really miss the land of Sham which you have blessed, because that is where Islam will prevail’,” said Mustaffa.

He questioned Aishah’s defence that the books were meant to assist her Masters programme at Universiti Malaya (UM), saying checks with UM showed otherwise.

“There is no record of her continuing her studies at Universiti Malaya, and her thesis title was not even registered,” he said.

Mustaffa added that Aishah’s credibility was questionable as her own father, Atam Jusoh, had lodged a police report against her, out of fear that his daughter might be planning to join militants in Syria.

Judge Mohamad Shariff Abu Samah set May 2 for a decision on whether Aishah was guilty under Section 130JB of the Penal Code and the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma), for having in her possession 12 books promoting militant ideas.

Aishah’s counsel Mohd Kamaruzaman Abd Wahab earlier told the court that she was innocent and that the books were for research purposes.

“Aishah attended her classes and completed her first semester, but she couldn’t continue with the second semester as she didn’t have enough money. So she worked to pay for her studies.

He said as such, Aishah was not aware of the contents of the 12 books.

Kamaruzaman said the court would require three experts to determine if the books indeed promoted terrorism.

“The public out there, how do they know if these books are linked to terrorism or not?

“She must know that possessing the books are an offence, but in this case, she clearly didn’t,” said Kamaruzaman, adding that Aishah had not read all of the 12 books.

He further added that the books were not banned by the government and were available locally.

Aishah today appeared in the dock wearing a grey baju kurung.

The 29-year-old was first arrested in March last year, under Section 130JB of the Penal Code and Sosma.
A month later, she was charged in the Kuala Lumpur High Court. She pleaded not guilty, saying the books were for her master’s degree in Islamic Studies.

The High Court acquitted and released her, but on the same day, Aishah, the first of five siblings, was re-arrested under the Prevention of Crime Act 1959 (Poca) and detained for another 60 days.

Upon her release, she was placed under house arrest. Last month, she was again arrested under Sosma, and is currently detained at Kajang Prison

No comments: