Friday, June 30, 2017

SUHAKAM - Hak Pekerja Hak Asasi? Kenyataan Media hasil siasatan kes Infineon Melaka?

SUHAKAM (Malaysian Human Rights Commission) telah bertindak - telah mengeluarkan pendirian melalui kenyataan media dan lapuran, telah melakukan siasatan serta juga 'inquiry'('public inquiry') mengenai banyak isu hak asasi... Tindakan SUHAKAM mengeluarkan kenyataan media sangat bagus dan penting kerana cara ini semua rakyat akan tahu ...berbanding dengan memasukkannya dalam lapuran tahunan atau cetakan lain(di mana ini mengandungi banyak hal perkara, dan ramai tidak akan tahu). Justeru, kenyataan media perlu untuk membawa perhatian kepada isu-isu hak asasi dan pendirian(atau cadangan perubahan) SUHAKAM...TETAPI...

ISU PEKERJA DAN KESATUAN - KHUSUSNYA 'UNION BUSTING' - yang jelas merupakan isu hak asasi dibawah bidangkuasa SUHAKAM, ada kekurangan di puhak SUHAKAM...Lebih 3 bulan sejak isu Infineon Melaka dikemukakan - tapi belum ada kenyataan umum lagi?

Sehingga kini, nampaknya pihak SUHAKAM gagal mengeluarkan kenyataan media mengenai isu pekerja dan kesatuan sekerja. Tidak dinafikan bahawa SUHAKAM mungkin telah menjalankan penyiasatan, mengadakan mesyuarat dan sebagainya TETAPI bagi pengadu, termasuk pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia, yang sangat bermakna adalah penyataan SUHAKAM mengenai aduan atau isu yang telah dibawa kepada perhatian SUHAKAM - 

Kenyataan Media adalah paling berkesan...(SUHAKAM ada membuat pernyataan mengenai isu pekerja migran - Bagus...tetapi bagaimana pula dengan isu hak pekerja dan Kesatuan...Jangan lupa bahawa perundangan pekerja/kesatuan di Malaysia sangat berkurangan...jika pun mengambil kira piawai antarabangsa (international standards)...

Ini juga menjadi nyata bila Amerika Syarikat memerlukan Malaysia menandatangani perjanjian akan meminda undang-undang buruh sebelum Malaysia boleh menjadi satu daripada negara dalam TPPA (mungkin TPPA kini sudah tak relevan tetapi 'perjanjian ini' dan cadangan pindaan yang perlu Malaysia bersetuju kepada adalah masih relevan). Adakah semua negara TPPA perlu buat pindaan sebegini? Oh tidak - hanya Malaysia dan satu dua negara lain sahaja...MALU

Malaysia's Embarassingly Poor Worker and Trade Union Rights Reality - Malaysia – United States Labour Consistency Plan?



Pada 20/10/2014, lebih kurang 150 pekerja dan 20 kesatuan sekerja telah membawa isu 'union busting' dan isu pekerja lain kepada MTUC. TETAPI tak ada kenyataan media daripada SUHAKAM mengenai pendirian SUHAKAM mengenai isu ini...(di mana ini sangat diperlukan untuk semua pekerja dan kesatuan...kalau tidak, apa guna adu kat SUHAKAM[ini adalah pendirian ramai], tetapi bagi saya, lebih perlu lagi banyak aduan di buat supaya SUHAKAM(dan seterusnya mungkin kerajaan) akan anggap ini isu penting.) 4 Bulan selepas itu, pada 23/2/2015, SUHAKAM telah adakan 'Meeting on Union Busting Issue Raised By MTUC' ...terlalu lama kerana tak penting? Selepas itu pun nampaknya tak ada kenyataan umum mengenai isu ini...

Oleh kerana 'kegagalan'(atau persepsi 'kegagalan') SUHAKAM bersuara akan menyemai pemikiran 'tak guna bawa isu/aduan kepada SUHAKAM' - Berapa banyak aduan/isu di bawa oleh pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia kepada SUHAKAM selepas itu? Mungkin tiada apa atau sangat sikit ...Justeru, penting sekali SUHAKAM sentiasa keluarkan kenyataan media/umum mengenai pendapat/pendirian SUHAKAM serta juga cadangan mereka apa yang perlu sangat dibuat untuk memastikan hak pekerja dan kesatuan sekerja dihormati di Malaysia...JAGA-JAGA, kalau tidak SUHAKAM akan menjadi 'tidak relevan' bagi pekerja dan Kesatuan di negara ini??





Pada 17/3/2017, isu mengenai apa yang berlaku di Infineon Melaka - isu 'union busting', telah dibawa kepada perhatian SUHAKAM...Ini adalah isu yang telah ditimbulkan oleh 55 kumpulan termasuk juga MTUC, di mana ini juga telah dilapurkan di media tempatan...

‘Wrongfully’ sacked workers union president turns to Suhakam for help(FMT,17/3/2017)


55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?

Kesatuan INFINEON Melaka bertahan? Mana penguatkuasaan undang-undang pekerja?


Suhakam commissioner Lok Yim Pheng, who heard the complaint, expressed sympathy with Zulfadly’s plight.


“I share a union background and I will be with you in this fight for workers’ rights,” said Loke, who is the former secretary-general of the National Union of the Teaching Profession.


She promised to look into Zulfadly’s complaint and make the appropriate recommendations to the government.


“Suhakam will put an end to this.”.- FMT News, 17/3/2017


HARAPAN - SUHAKAM akan segera keluarkan kenyataan media mengenai isu di Infineon Melaka...

Mengapa SUHAKAM menunggu?

Biasanya bila kes sudah berada di Mahkamah, SUHAKAM mungkin sukar mahu membuat kenyataan...tetapi kes Zulfadlee, Presiden Union di Infineon Melaka belum lagi sampai Mahkamah - kini menunggu keputusan Menteri, iaitu sama ada kes ini dirujuk ke Mahkamah Perusahaan atau tidak...Justeru, tak ada halangan mengapa SUHAKAM tidak boleh menghebohkan keputusan siasatan mereka..

Secara tambahan, kes yang akan dirujuk atau tidak oleh Menteri hanya merupakan kes pembuangan kerja, dan isu 'union busting' dan isu 'Majikan menghalang Presiden Union melakukan tugas dan terlibat dalam aktiviti union' masih boleh SUHAKAM komen...atau nyatakan pendirian.

Dalam kes pekerja/kesatuan, tindakan mesti cepat - sebab setiap hari tindakan tidak membetulkan ketidakadilan dan/atau pelangaran/pencabulan undang-undang negara sama ada oleh SUHAKAM atau Kementerian Sumber Manusia, yang menderita adalah pekerja dan kesatuan...

Nyata satu persepsi kini adalah bahawa kerajaan UMNO-BN adalah pro-majikan, adakah ini sebab mengapa SUHAKAM melewatkan membuat kenyataan...adakah ini sebab mengapa Kementerian walaupun sudah lama menyedari tentang isu ini tidak melakukan penguatkuasaan undang-undang... Kesatuan INFINEON Melaka bertahan? Mana penguatkuasaan undang-undang pekerja?


Kesatuan Sekerja di Infineon Melaka, berkemungkinan, menghadapi tekanan tinggi daripada pihak majikan - Yang ditakuti adalah bahawa ahli exco/peimipinan Union dalaman ini(selain daripada Zulfadlee) dan ahli Union yang lain akan akhirnya memilih menyokong majikan, dan mengetepikan Presiden Union...kerana semua masih pekerja di Infineon Melaka. Harapan adalah ahli dan pemimpin kesatuan lain di Infineon Melaka akan terus 'berani' dan kebal ...menentang ketidakadilan yang dilakukan terhadap Presiden dan Union mereka....

SUHAKAM KENA BERTINDAK SEKARANG MENGENAI KES INI - "“Suhakam will put an end to this.”

 

     





Workers march against 'union busting' in KL

20 October 2014 Print page
Anne Muhammad


About 150 workers and 20 Malaysian Trades Union Congress (MTUC) representatives were on foot today to send memorandums to protest against ‘union busting’.

At about 10am, they started their walk from Keretapi Tanah Melayu station in Kuala Lumpur towards the offices of the Bar Council and Suhakam.



Railwaymen’s Union of Malaya (RUM) representative Abdul Razak Md Hassan said the march was the climax of a protest against the sacking of 41 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) workers.

“We walk today to denounce this act against the right to be in a union,” he said.

National Union of Transport and Allied Workers and National Union of Bank Employees were also represented.

The memorandum urged the Bar Council and Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) to demand that the government stop infringing on union rights and as well introduce laws to prevent employers from committing such violations.

The protesters split up into two groups, one to the Bar Council, and the other to Suhakam.

They were dressed in black while chanting “Hidup pekerja” (long live workers) and “hentikan pencabulan hak pekerja” (stop violating the rights of workers).



The first group, headed by the MTUC president Khalid Atan, handed over a memorandum to Bar Council’s deputy chief executive officer Chan Oy Sim.

They regrouped in front of shopping complex Sogo and walked towards Suhakam to hand over the same memorandum to its commissioner James Nayagam.

“We are walking today to condemn the violations committed towards us that can destroy the unions in this country. These violations have an adverse impact on the future of the workers in Malaysia,” Abdul Razak said in a speech before meeting the commissioner.

Around 12pm Nayagam met up with Abdul Razak and a few other representatives for a 10 minute discussion.

Previously, RUM had challenged KTMB president Elias Kadir to debate with the union to explain why its members were sacked. The assembly dispersed around 12.45pm.

Source: Malaysiakini
MTUC Website

 

No comments: