Friday, May 12, 2017

PAS dan Pekerja dan Kesatuan Sekerja? Perutusan Hadi Awang 1 Mei 2017?


Perutusan Hadi Awang menimbulkan tanda tanya mengenai polisi dan pendirian PAS mengenai isu pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia... hak pekerja?? Apakah perubahan undang-undang perlu? Adakah PAS dan Wakil PAS turun padang berjuang untuk keadilan untuk pekerja.... ? Adakah PAS hanya mahu pekerja bekerja kuat tetapi tidak hirau sangat tentang isu hak pekerja dan hak kesatuan sekerja? Baca perutusan Presiden PAS dan buat kesimpulan sendiri...pergi ke laman Harakah dan cuba lihat sama ada isu pekerja dan Kesatuan mendapat liputan? 

KERJA TETAP(REGULAR) - Kini kerajaan UMNO-BN tidak lagi menjaga hak kerja tetap(regular) - justeru ramai pekerja hanya di berikan pekerjaan tak stabil...(precarious work). Kontrak jangka pendek - 3 bulan - 1 tahun, selepas itu hilang kerja. Majikan ambil pekerja baru untuk kerja sama. Justeru, tak ada kestabilan ekonomi bagi pekerja sekeluarga. Kemungkinan naik gaji bila ada kerja tetap juga hilang. Tiap-tiap kali cari kerja baru, nak dapat kerja sama gaji pun sukar...Adakah PAS akan memastikan rakyat kembali ada kerja tetap - memastikan ekonomi keluarga..[Majikan masih boleh memberhentikan pekerja jika lakukan kesalahan kerja, atau tak perlu lagi ramai pekerja - justeru tak ada alasan menafikan hak kerja tetap(regular) sehingga bersara..Justeru, adakah PAS akan memastikan semua rakyat akan dapat kerja tetap(regular). Kerja kontrak jangka pendek harus ada kuota - mungkin 5% sahaja, atau untuk jenis kerja tertentu?

Lain komen setelah anda baca perutusan Presiden PAS... parti lain ada perutusan atau tidak?

Perutusan Presiden PAS sempena Hari Pekerja 2017

 
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2017 kepada semua pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara.
Selaras dengan pengiktirafan Islam terhadap golongan pekerja, PAS menghargai segala usaha, keringat dan kecerdasan yang disumbangkan oleh para pekerja daripada semua sektor ke arah membangunkan Malaysia menuju sebuah negara sejahtera.

Islam sangat menghargai pekerja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh tekun dan amanah. Kerana komitmen yang diberi akan memacu ke arah sebuah negara lebih baik, sejahtera dan bebas daripada segala gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. PAS sentiasa menyokong dan komited kepada usaha untuk menyediakan segala kemudahan dan suasana pekerjaan yang kondusif, selamat dan selesa.

Marilah kita bersama membina negara yang mempunyai ciri Keharmonian dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai teras dalam pentadbiran dan pemerintahan.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
4 Syaaban 1438 / 1 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 1/5/2017

Sistem Kontraktor For Labour - Adakah PAS akan menghapuskan ini - kerana ikut sistem ini, pekerja dibekalkan pihak ketiga kepada syarikat - tetapi pekerja ini tidak akan jadi pekerja(employee) syarikat/kilang - justeru tidak boleh pun menikmati hak terkandung dalam Perjanjian Bersama antara Union dan Syarikat/Kilang. Pekerja sedemikian boleh senang-senang hilang kerja tanpa apa-apa 'Domestic Inquiry". Amalan ini juga melemahkan Kesatuan Sekerja khususnya semakin lama - bilangan pekerja dibekalkan 'contractor for labour' menambah - di setengah tempat kerja sudah pun sampai 50%...ertinya kuasa pekerja/kesatuan menuntut hak lebih berkurangan... Adakah PAS akan menghapuskan 'sistem contractor for labour' - pihak ketiga boleh sediakan perkhidmatan mencari pekerja untuk kilang/syarikat/tempat kerja dan bila diterima akan menjadi pekerja
kilang/syarikat/tempat kerja berkenaan, di mana pembekal akan dibayar yuran/fi sekali...

Adakah PAS prihatin kepada masalah pekerja setempat?

Di Melaka - ada kes kini di mana Prsiden Union dibuang kerja secara salah - dan kini majikan tak benarkan Presiden Union menjalankan tugas sebagai Presiden Kesatuan? - Setakat ini, tak nampak pun apa-apa kenyataan daripada PAS mengenai isu ini - tak ada 'wakil' atau 'wakil rakyat" PAS turun padang bersama pekerja berjuang untuk hak pekerja..

55 Groups - INFINEON MUST STOP UNION BUSTING AND DISCRIMINATION AGAINST UNION LEADERS - Reinstate Union President?



Di Pahang, ada lebih kurang 18 pekerja di buang kerja oleh anak syarikat DRB HICOM kerana menghantar memorandum kepada calun pilihanraya - Adakah PAS bersuara mengenai isu ini?

Najib Razak, MP Pekan, harus mencelah membantu 18 pekerja anak syarikat DRB HICOM mendapatkan kerja mereka kembali segera..



Di Selangor, Presiden Union di buang oleh syarikat RENESAS...ada juga isu 'union busting' yang telah diakui Mahkamah - Adakah PAS terlibat berjuang bersama pekerja mengenai isu ini..

Wan Noorulazhar - 5 years 7 months later wrongful dismisal case begins? Great injustice?


SUMBER MANUSIA - ini cara UMNO-BN meihat pekerja - sebagai 'komoditi' - bukan lagi sebagai manusia berkeluarga. Adakah PAS juga sama lihat pekerja sebagai 'komoditi' atau sumber manusia - atau sebagai manusia - yang bekerja dengan keluarga dengan keperluan hidupan  termasuk kestabilan ekonomi perlu...

Adakah PAS terlibat membantu pekerja dan kesatuan mendapatkan hak? Menangani ketidakadilan? 

14 Juta Pekerja (termasuk keluarga) merupakan bilangan pengundi yang ramai sekali - dan boleh menentukan siapakah yang akan menang dalam PRU akan datang? 

PAS - bukan sahaja parti ini yang gagal memberikan perhatian kepada isu pekerja dan kesatuan sekerja ...PKR?DAP? BERSATU? Amanah?

Isu pekerja bukan hanya isu Gaji Minima - PRIHATINLAH kepada isu pekerja dan kesatuan sekerja...

Parti Rakyat Malaysia(PRM) juga telah keluarkan perutusan Hari Pekerja - lihat Blog PRM.

Utusan 1 Mei Hari Buruh Antarabangsa Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Adakah PKR, DAP, Amanah, Pribumi...membuat perutusan Hari Pekerja? 

Adakah kerajaan Kelantan, di tadbir Menteri Besar PAS, mempunyai syarat bahawa hak pekerja dan kesatuan sekerja harus dihormati sebagai syarat mendapat permit menjalankan perniagaan di Kelantan?  Adakah kerajaan Kelantan memantau memastikan hak pekerja dihormati? 

Adakah PAS mempunyai 'jawatankuasa' atau 'Biro' yang memberikan fokus kepada isu pekerja dan kesatuan sekerja? 

Soalan sama kena ditanya untuk semua parti politik di Malaysia? Haruskah keprihatinan isu pekerja menjadi satu aspek penting bila kita memilih wakil rakyat pada PRU akan datang?

Malaysia's Embarassingly Poor Worker and Trade Union Rights Reality - Malaysia – United States Labour Consistency Plan?

Malaysian Airlines - 99% person voted for NUFAM, but BAD law says still no union recognition?

Trade Union - Most Discriminated of Association? Repeal section 26(1A) Trade Unions Act 1959

Worker and Trade Union Rights in BN-ruled Malaysia - A pro-business government that undermined worker rights, welfare and livelihood -

Will DAP/PAS/PKR/PSM/PRM/AMANAH/BERSATU ensure that Workers have Regular Employment - No more Precarious Employment?

No comments: