Sunday, April 16, 2017

Trade Union - Most Discriminated of Association? Repeal section 26(1A) Trade Unions Act 1959

In Malaysia, Trade Unions are most discriminated of all forms of association. Membership of Trade Unions can simply be 'ended' by employers - the loss of employment results in loss of trade union membership by reason of an unjust section 26(1A) of the Trade Unions Act 1959. No more in employment - cannot be retained as member of trade union??

Trade Union membership laws determined by employment requirement also is no more relevant when now employers can simply use workers provided by contractor for labour - not employees in "establishment". Trade Unions based on 'trade, occupation or industry' also cannot organize and form trade unions in these 'contractor for labour' companies as they supply workers to so many different trades, occupations or industries - section 26(1A) need to be abolished..

Section 26(1A) - Trade Unions Act 1959 - No person shall join, or be a member of, or be accepted or retained as a member by, any trade union if he is not employed or engaged in any establishment, trade, occupation or industry in respect of which the trade union is registered. 

KESATUAN SEKERJA (Trade Union) adalah persatuan(association) yang paling didiskriminasi di Malaysia...berbanding dengan persatuan, parti politik, association, dll...DISKRIMINASI ini telah dikekalkan dan masih dikekalkan oleh UMNO-BN...yang gagal memansuhkan undang-undang tidak adil...

Bila ahli kesatuan dibuang kerja oleh majikan - mereka akan, berasaskan undang-undang sedia ada di Malaysia, kehilangan status keahlian mereka dalam kesatuan sekerja? Keahlian kesatuan tidak boleh dikekalkan apabila pekerja tidak lagi bekerja dengan syarikat atau 'trade, occupation or industry' berkenaan


Justeru, bila ahli paling memerlukan bantuan kesatuan, kerajaan UMNO-BN telah memastikan bahawa mereka tidak lagi akan kekal sebagai ahli - dan hakikat ini juga akan  secara otomatik menghalang Kesatuan Sekerja membantu ahli yang kehilangan kerja secara 'formal'...Ada kesatuan sekerja juga akan pergi ke Mahkamah untuk melepaskan obligasi membela nasib 'bekas' ahli mereka...sedih.

Penjelasan dengan contoh...

Justeru jika seorang pekerja bank kehilangan kerja dalam bank, beliau akan terus kehilangan keahlian dalam Kesatuan Sekerja Pekerja Bank (kini NUBE - sebuah kesatuan sekerja peringkat nasional)...untuk mendapatkan keahlian kesatuannya kembali, perlu pekerja ini cepat-cepat mencari kerja dalam sektor pembankan...kalau tak dapat - terus hilang keahlian kesatuan sekerja...gitu saja. Nyata tidak adil...

Bagaimana pula bila kesatuan itu hanya kesatuan tempat kerja saperti di MAS - MAS Employees Union(MASEU) - bila pekerja MAS kehilangan kerja, secara terus mereka semua kehilangan keahlian kesatuan MASEU...
MAKSUD KEBEBASAN BERPERSATUAN - KESATUAN SEKERJA 

Kesatuan Sekerja bertujuan untuk menyatukan pekerja supaya lebih 'kuat' dalam perjuangan dengan MAJIKAN. Jika seorang pekerja turun padang menentang majikan (sama ada tuntut hak lebih, atau menuntut ketidakadilan atau 'salah laku' majikan berhenti, dll), senang sekali seorang pekerja ditumpas majikan. Justeru, bila berdepan dengan majikan, perlu sangat pekerja bersatu...baru adil...baru keadaan 'sama rata'...dan itulah sebab mengapa kesatuan sekerja(Trade Union) wujud...

Tetapi, kini MAJIKAN senang-senang boleh tamatkan keahlian pekerja dalam kesatuan dengan hanya membuang kerja... Justeru, bila sampai masa pekerja memerlukan bantuan dan sokongan Kesatuannya, beliau, berasaskan undang-undang kerajaan UMNO-BN, mendapati bahawa beliau sudah tidak lagi jadi ahli Kesatuan Sekerja ....TAK LOJIK dan sangat tidak adil...lihat seksyen 26(1A) Akta Kesatuan Sekerja 1959.


Section 26(1A) - Trade Unions Act 1959

(1A) No person shall join, or be a member of, or be accepted or retained as a member by, any trade union if he is not employed or engaged in any establishment, trade, occupation or industry in respect of which the trade union is registered.

Dalam mana-mana persatuan, pertubuhan termasuk parti politik - keahlian berterusan ditetapkan ahli itu sendiri, atau persatuan - tidak boleh ditamatkan akibat sesuatu yang dilakukan pihak ketiga. Ahli boleh 'resign' atau meletak jawatan sebagai ahli, ATAU pertubuhan/persatuan boleh menamatkan keahlian seorang ahli atas sebab tertentu, biasanya selepas tindakan disiplin...

Tetapi, bagi kesatuan sekerja - MAJIKAN boleh dengan senang-wenang menamatkan keahlian pekerja dalam kesatuan sekerja, dengan membuang kerja atau 'menamatkan pekerjaan' pekerja tersebut. Ini sangat tidak adil...

Justeru, bila masa ahli kesatuan benat-benar perlukan bantuan kesatuan sekerja, undang-undang membatalkan keahliannya...dan Kesatuan juga sukar secara 'formal' atau sah membantu seorang yang bukan ahli Kesatuan...

MALAYSIA perlu segera memansuhkan peruntukan ini yang mengakhiri keahlian ahli kesatuan sekerja...

PENGECUALIAN - hasil penghakiman Mahkamah...

KINI, Mahkamah dalam situasi terhad telah berkeputusan bahawa keahlian ahli kesatuan sekerja tidak akan luput, jika pekerja tersebut mempertikaikan pembuangan kerja tersebut di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Keputusan Mahkamah Tinggi ini dibuat pada 10/10/2013 tetapi malangnya sehingga kini, kerajaan UMNO-BN tidak membuat pindaan undang-undang perlu. Lihat alasan penghakiman kes ini, dengan mengikuti link berikut:-

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA BANK & ORS v. KETUA PENGARAH KESATUAN SEKERJA & ORS - 10/10/2013 - kes section 26(1A)


Mahkamah dalam  kes NUBE di atas ini juga menyatakan bahawa seksyen 26(A1) adalah bercanggah dengan 'international standards' - termasuk juga Konvensyen ILO saperti 'ILO convention namely C98, ie, the Convention on the Right to Organize and Collective Bargaining Convention 1949 which Malaysia ratified in 1961 ("the said Convention")' - tetapi malangnya, sehingga Malaysia meminda undang-undang sedia ada, hakikat Malaysia telah meratifikasi Konvensyen tidak akan membantu pekerja atau kesatuan...

Bidangkuasa lain saperti di Singapura, UK, India dan Australia tidak juga ada peruntukkan tidak adil saperti seksyen 26(1A) ini - 


(ii) Position in other jurisdictions
Pursuant to the court's query as to the position in other jurisdictions on the issue before the court, learned counsel for the first plaintiff had looked at the trade union legislations in Singapore, India, UK and Australia to see whether there was an equivalent provision to our s. 26(1A).
From a perusal of the relevant legislation in Singapore (the Singaporean Trade Unions Act Chapter 333); India (the Indian Trade Unions Act 1926); the UK (Trade Union and Labour Relations (Consolidation) Act 1992 and the Trade Union Reform and Employment Rights Act 1993); and Australia (Fair Work (Registered Organizations) Act 2009), it would appear that there is no equivalent provision to our s. 26(1A) or at least there is no clear provision that provides that a member of a trade union who has been terminated or dismissed from employment would automatically lose his membership upon such termination or dismissal.
ALASAN LAIN MENGAPA SEKSYEN 26(1A) HARUS DIMANSUHKAN..

1) 'Contractor for Labour' - kini di Malaysia, kerajaan UMNO-BN telah membenarkan majikan mengunakan pekerja yang dibekalkan pihak ketiga, iaitu 'contractor for labour' - yang kita kadang-kadang panggil pekerja 'out-source'. Mereka ini bukan 'employee' majikan tempat kerja, justeru tak boleh memperolehi faedah Collective Bargaining Agreement(CBA)[Perjanjian Bersama antara Union dan Syarikat Majikan] -  Mereka tidak boleh jadi ahli kesatuan sekerja dalaman (in-house union), di mana ahlinya adalah pekerja(employee) syarikat majikan. Mereka boleh jadi ahli kesatuan peringkat nasional, rantau atau negeri tetapi masih tidak dapat menikmati hak dalamm CBA. Jika kesatuan peringkat nasional, rantau atau negeriyang kini terhad kepada kesatuan berasaskan 'trade, occupation or industry' cuba 'organize' dan dapatkan pengiktirafan syarikat 'contractor for labour', ia hampir mustahil kerana 'contractor for labour' biasa membekalkan pekerja kepada beraneka jenis 'trade, occupation or industry' ...

2 - Syarikat majikan, jika mereka tukar perniagaan kepada 'trade, occupation or industry' yang lain, kesatuan sekerja yang kini khusus untuk satu 'trade, occupation or industry' akan secara otomatis gagal terus wujud ditempat kerja tersebut....ahli kehilangan keahlian kesatuan...kesatuan sekerja tempat kerja tersebut terus luput....

JUSTERU, SEKSYEN 26(1A) HARUS DIMANSUHKAN... 

No comments: