Monday, December 27, 2010

Gwo-Burne Loh & TUNKU ABDUL AZIZ (Senator) shares answers to written questions in Parliament about police, CCTVs,

It is sad that written questions and answers in Parliament are not reported in the Hansard, and cannot even be found in the Parliamentary website. Questions asked, answers given - but the people are still in the dark.

What is worse is that some MPs (and Senators) also do not take the trouble to communicate to all the questions they asked, and the answers they received. You could very easily do that through blogs, through emails, etc - send it also to the media for them to publish. PAS, DAP, PKR...and the other political parties could also do a service to the people by compiling these questions and answers and letting people know... Maybe, Malaysiakini or some other independent internet media could do this as well - maybe SUARAM or some NGO. 

Some important answers:-
* CCTVs are being placed in police lock-ups, and also interrogation rooms (to ensure that interrogations are conducted in accordance to law)
* CCTVs have been placed in 227 Lock-ups and 36 Interrogation Rooms, and in 1 police station also all round.
* Government plans to have CCTVs in all 827 police stations all across the country
* To the question about statistics of police shot dead between 2000-2010, the answer was not given. All that was stated was that 90 police officers were killed and 343 were injured during the said period. The reasons for the death were many including road accidents, shot by 'criminals' - but it is difficult to analyze as 85 could have died by reason of road accidents...and maybe 1-2 were shot or stabbed by persons..

The above 2 were the in answers to questions by Gwo-Burne Loh

Tunku Abdul Aziz, a new Senator, asked very general questions about how the IGP was chosen and police allocations...


CCTV di 227 lokap dan 36
JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 2 NOVEMBER 2010

SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan purata dan status balai polis di seluruh Negara yang memasangkan CCTV dalam bilik soal siasat, lokap dan persekitaran balai polis.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan di atas keperihatinan beliau mengenai tahap keselamatan di balai-balai polis di seluruh Negara.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada masa ini Kerajaan telah mengambil langkah untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di balai-balai polis. Pemasangan CCTV ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan terutamanya di lokap-lokap dan di persekitaran balai.

Tuan Yang Dipertua,

Selain itu, CCTV juga dipasang di bilik-bilik soal siasat yang mana ia bertujuan untuk memantau proses soal siasat yang dijalankan oleh pihak polis bagi memastikan proses soal siasat itu dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan di samping mengesan sekiranya ada salah laku anggota-anggota polis semasa menjalankan soal siasat ke atas suspek.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini kerajaan telah pun menasang CCTV di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat di balai-balai polis di seluruh Negara. Manakala sebuah balai polis mempunyai CCTV yang dipasang di persekitarannya.

Tuan Yang Dipertua,

Pada masa ini Kerajaan sedang merancang untuk memasang CCTV di kesemua 827 balai polis di seluruh Negara bagi memastikan tahap keselamatan dib alai-balai berada pada tahap terbaik dan terkawal.


JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 3 NOVEMBER 2010

SOALAN:

TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistic jumlah polis yang ditembak mati oleh penjenayah dari 2001 hingga 2010 dan dalam situasi bagaimana mereka ditembak mati.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, seramai 90 orang anggota polis telah terbunuh dan 343 orang cedera semasa bertugas sejak tahun 2000 hingga 2010.

Antara punca-punca kematian yang melibatkan anggota polis adalah seperti berikut:-
i)                    Ditembak oleh penjenayah;
ii)                   Dilanggar semasa mengadakan sekatan jalanraya;
iii)                 Diserang dengan menggunakan senjata/objek semasa menyuraikan perhimpunan;
iv)                 Ditikam oleh penjenayah semasa pergelutan;
v)                  Ditetak dengan senjata tajam semasa cuna menenangkan orang yang tidak siuman; dan
vi)                 Kemalangan jalanraya semasa tugas mengiringi orang kenamaan, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Orang Kena Tahan(OKT) dan mengejar penjenayah.


PERTANYAAN LISAN TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM DI DEWAN NEGARA PADA 14 DISEMBER 2010

SOALAN:

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan prosedur melantik Ketua Polis Negara dan syarat-syaratnya.

JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada YBM Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur pelantikan Ketua Polis Negara adalah berdasarkan kepada Perkara 140(4) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 140(4) memperuntukkan bahawa jawatan ketua Polis Negara adalah jawatan yang ditetapkan sebagai Jawatan Khas. Pelantikan ke jawatan ini adalah tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat YAB Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri.
Tuan Yang Dipertua,
Perakuan pelantikan Ketua Polis Negara adlaah ebrasaskan merit kepada Peraturan 37, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan). Suruhanjaya Pasukan Polis dalam mempertimbangkan pelantikan tersebut mengambil kira faktor-faktor berikut:-
1.       Kecekapan dan prestasi kerja;
2.       Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
3.       Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan tersebut, keutuhan, potensi, dan kepimpinan;
4.       Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.


JAWAPAN LISAN PARLIMEN TUNKU ABDUL AZIZ BIN TUNKU IBRAHIM DI DEWAN NEGARA PADA 15 DISEMBER 2010

SOALAN:
Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perolehan kelengkapan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan usaha-usaha membangunkan keupayaan polis.

JAWAPAN:
Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangn Malaysia Kesepuluh (RMK-10), bagi perolehan kelengkapan PDRM, sebanyak 12 projek bari telah diluluskan untuk pelaksanaan dengan jumlah siling sebanyak RM125,281,760.00. Sementara itu, sembilan projek sambungan RMK-9 pula diluluskan dengan kos siling sebanyak RM575,433,187.00. Ini menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM700,714,947.00. Perolehan kelengkapan pasukan Polis ini termasuklah pembekalan Alat Perhubungan Radio, Kenderaan, Kapal Terbang, Sistem Teknologi Maklumat, Kelengkapan Perabot dan Alat Bantuan Teknik.

Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan sentiasa berusaha untuk memajukan perkhidmatan Polis. Sehubungan itu, PDRM telah merangka strategi dalam usaha membangunkan keupayaan Polis. Ini dapat dilihat daripada strategi-strategi berikut:
(a)    Strategi jangka masa pendek:
i.                     Mengenal pasti kawasan panas (hotspot) yang seringkali berlaku jenayah dan menambahkan anggota membuat rondaan. Kehadiran polis (police omnipresence) juga dipertingkatkan dengan bantuan anggota tambahan dari RELA dan jabatan pertahanan Awam (JPAM);
ii.                   Mengadakan operasi secara terus-menerus sepanjang tahun seperti Ops Lejang yang mensasarkan pengguna motosikal di seluruh Negara, Os Rentap bagi menangani jenayah ragut atau samun tepi jalan dan Ops Utama Perdana bagi mengurangkan kadar jenayah di seluruh Negara;
iii.                  Menambah bilangan CCTV dan lampu jalan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah;
iv.                 Meningkatkan kerjasama masyarakat dan NGO dalam membantu pihak polis membanteras jenayah melalui kempen keseddaran dan penyaluran maklumat; dan
v.                   Memperkuatkan pasukan penyiasat dengan menambah bilangan pegawai penyiasat dan juga kelengkapan seperti computer riba (laptop) dan kenderaan selain latihan dalam bidang penyiasatan dan undang-undang.

(b)   Strategi jangka masa panjang:
i.                     Menambah keanggotaan polis sebanyak 60,000 orang di bawah rancangan Penstrukturan Semula Organisasi (PSO) PDRM;
ii.                   Menambah bilangan balai polis, pondok polis di daerah yang pesat membangun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
iii.                  Membangunkan projek Central Intelligence Unit (CIU) bagi tujuan mempunyai pangkalan data yang bersepadu; dan
iv.                 Membuat penambahbaikan terhadap sistem komunikasi PDRM dapat memberikan resond time yang pantas kepada jenayah yang berlaku.






No comments: