Saturday, May 29, 2010

PRM: Pemansuhan subsidi tak akan elakkan Malaysia daripada menjadi bankrap

Kenyataan Media 29-05-2010


Pemansuhan subsidi tak akan elakkan Malaysia daripada menjadi bankrap 

Parti Rakyat Malaysia( PRM)  tidak bersetuju bahawa pemansuhan subsidi barangan kawalan seperti gula, tepung, minyak masak, perkhidmatan perubatan awam, pendidikan dan sebagainya tidak akan membebankan rakyat.  Rakyat khususnya mereka yang tinggal di bandar mengalami pengalaman pahit dan kesan buruk akibat minyak petrol dinaikkan sebanyak 30 sen seliter  dulu.

Menurut Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, jika subsidi yang ada sekarang tidak dimansuhkan, dan dengan kadar pertambahan purata hutang negara sebanyak 12%, hutang negara  terkumpul semenjak 1997 makin tahun makin naik, dan negara ini akhirnya akan menjadi bankrap seperti Greece pada 2019.   Oleh itu,  beliau bercadang supaya subsidi dimansuhkan untuk mengelakkan Malaysia daripada menjadi bankrap .

Benarkah negara ini tidak akan bankrap jika subsidi  barangan kawalan dan sebagainya  dimansuhkan?

Pada pendapat PRM, sama ada subsidi dimansuhkan atau tidak, Malaysia   pasti akan menjadi bankrap sekiranya dasar dan pemikiran parti pemerintah  BN-UMNO tidak berubah.

PRM hendak tanya,  harga minyak mentah iaitu petroleum, getah dan minyak kelapa sawit naik sejak tahun 1997, pada masa yang sama nilai hasil sektor pembuatan Malaysia juga bertambah, dalam keadaan  pendapatan negara bertambah ini, kenapa hutang negara masih bertambah setiap tahun?   Ke manakah wang cukai yang banyak itu pergi? Bukannya semua diguna untuk subsidi barangan kawalan!

Rakyat Malaysia sekarang makin hari makin ramai telah sedar dan faham, punca segala masalah ekonomi dan sosial negara hari ini ialah amalan rasuah, kronisme, pembaziran, rent-seeking, dan penyalahgunaan kuasa  yang sudah menjadi budaya dan sebati dengan falsafah hidup BN-UMNO, contoh-contohnya sudah diketahui umum, tidak perlu disebut lagi. Punca masalah kita bukan subsidi yang diperuntukkan untuk barangan kawalan dan perkhimatan asas awam seperti perubatan dan pendidikan. Kesemua amalan buruk inilah merupakan punca pokok yang akan membankrapkan Malaysia. 

Jika punca pokok tersebut tidak dibetulkan, pemansuhan subsidi tidak akan menyelamatkan Malaysia daripada bankrap,  bahkan Malaysia akan lebih cepat dan awal menjadi negara bankrap, tidak perlulah sampai 2019. BN—UMNO telah macam Raja Bersiung, seorang raja yang ketagih akan darah manusia dalam makanannya.

PRM pasti bahawa selagi negara di bawah pemerintahan BN-UMNO, subsidi yang dimansuhkan tidak akan memanfaatkan rakyat. Wang itu hanya akan menggemukkan BN-UMNO.

Rakyat Malaysia hendak berwaspada supaya tidak terperdaya oleh apa-apa tindakan BN-UMNO kononya hendak mendapatkan maklum balas rakyat tentang pemansuhan subsidi.




(Koh Swe Yong)
Setiausaha Agung
012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

 
29-05-2010

致新闻采访主任

废除了津贴马来 西亚不会破产?

马来西亚人民党总秘书 发表文告指出,马来西亚人民党不同意,废除统制商品如糖,面粉,食油以及对公共基本服 务如医药和教育等的津贴,不会加重人民的负担。我国人民尤其是市区居民已经经历过汽油每公升涨价30仙所引起的痛苦和恶劣后果。

根据首相署部长拿督斯 里依德里斯加拉,如果对上述物品的津贴不取消,并根据1997年为基础的国家债务每年平均增加12%来计 算,从1997年开始的国家累计债务年年增加,这样 下去,马来西亚将在2019年成为另一个希腊,面对国家破产的厄运。因此,他建议废除 物品津贴,以免国家破产。

马来西亚人民党要问, 难道国家将真的不会破产,假如进行了废除物品津贴制?

人民党认为,不论津贴 制废除与否,马来西亚照样会破产如果国阵巫统执政者的政策和思维没有改变。

马来西亚人民党指出, 从1997年开始 石油,树胶和棕油价格不断在上涨,与此同时我国的制造业领域的生产价值也增加,在国家收入增加的情况下,国家债务为什么每年还是不断上升? 这么多的税钱去了那里?不是所有的税钱都用在津贴统制品!

现在,越来越多马来西 亚人民已经醒觉和明了,我国当前面对的所有经济和社会问题的根本根源是:贪污,朋党主 义,浪费,依靠权贵的中介抽取拥金(rent-seeking)和滥用权力行径已经 形成一种文化,成为国阵巫 统人的生活哲学,在此不必列举例子,大家都已经非常清楚。所以国家问题的根源不是拨款津贴统制品和基本 公共服务的医药和教育。上述的所有恶劣行径将是造成马来西亚破产的基本根源。

如果不认真纠正上述基 本根源,废除津贴将不会挽救马来西亚面对破产的后果,马来西亚甚至会更快和更早成为破 产国家,不必等待到2019年。国阵巫统行径已经 如马来古典文学里的Raja Bersiung即嗜血成性的国王。

马来西亚人民党很肯 定,只要,马来西亚仍旧在国阵巫统的执政下,废除津贴将不会给人民带来益处。那些被废除的津 贴的钱只会用来养肥国阵巫统。

因此,马来西亚人民必 须谨防,以免上了国阵巫统计谋的当。这些听取人民心声的举动只是表面功夫,好看好听, 真正不是听取人民对废除津贴的回馈和心声。

马来西亚人民党总秘书


辜瑞荣
012-2766551

21B(F) Jalan SJ 6 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor Malaysia

No comments: